JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label PUDING TIRAMISU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUDING TIRAMISU. Papar semua catatan

Rabu, 4 Februari 2015

PUDING TIRAMISU

Assalamualaikum kekawan...  Salam petang yg ceria :)

Baru balik sekodeng FB, sekali tu kawan post kat Puding Tiramisu 

ni, tengok macam best jer, apa lagi save dulu kat sini nanti di cuba 

ye :)





PUDING TIRAMISU

Sumber : Noor Allya
Lapisan bawah
12 keping biskut lady fingers
~ untuk lapisan bawah ni boleh gunakan biskut lady fingers atau boleh guna kek span. boleh rujuk album
Resepi kek tu banyak, buat 1/2 adunan sahaja
2 sudu teh serbuk kopi segera atau Nescafe
Nescafe di bancuh dengan 50 ml air panas
Letakkan 1 keping lapisan kek di dalam springform pan
Basahkan lapisan kek dengan 1/2 bahagian air Nescafe ~ bakinya di simpan untuk lapisan moca
Lapisan Moca
10 gm serbuk agar-agar
600 ml susu cair
80 gm gula halus
1/2 bahagian air Nescafe dari lapisan bawah
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes moca
Masukkan agar-agar, susu cair dan gula di dalamn periuk dan masak hingga gula dan agar-agar larut.
Masukkan esen vanila
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 bahagian letakkan baki air Nescafe dan tambahkan 1 sudu teh pes moca
Tuang atas lapisan kek
Sejukkan di dalam peti ais
Lapisan atas
1/2 bahagian agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit serbuk koko
Panaskan semula 1/2 bahagian agar-agar
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kocok sedikit
Tuang di dalam agar-agar yang di atas dapur semula
Tutup api
Keluarkan agar-agar dari peti ais
Cakar-cakar atasnya atau cucuk-cucukkan atasnya dengan garfu
Tuang agar-agar telur tadi
Simpan semula di dalam peti ais hingga keras
Ayakkan serbuk koko di atasnya
Potong dan hidangkan dingin