Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)
Aduh kepenatan tak hilang lagi ni.. baru balik Health Screening Test.. nanti 11/8/2014 appointment kedua utk keputusannya..
Sebenarnya nak cerita masak Paprik seafood yg dimasak pada hari isnin lalu.. dah lama tak makan tu yg buat..
Peminat tegar makanan seafood ni dah semestinya hero gambar diatas tu.. tapi badan tak naik2 lagi.. sampai ustaznya pesan suruh ambil ubat cacing..hehhehe.. balik sekolah terus cakap dengan saya " mama kena ambil ubat cacing lah.. ustaz kata makanan yg nabil makan tu, kebanyakan cacing yg makan, tu yg tak gemuk" hahaha ada2 jer ko Nabil.. okeylah kamu ni pun dah 7 tahun patut kena ambil dan ambil injection utk umur 7 tahun ni..
Jom intai resepi kekawan..
RESEPI PAPRIK SEAFOOD ALA THAI
Bahannya :-
- 300 gram campuran udang dan sotong
- 3 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
- 1/2 inci halia dihiris halus
- 1 biji hollad di potong
- 1/2 lobak merah dipotong
- sedikit bunga kobis
- 4 batang kacang panjang dipotong
- 3 helai daun limau purut
- 2 sb cili kering kisar
- 2 sb sos tiram
- 2 s/b kicap manis
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos tomato
- sedikit minyak bijan
- garam
Caranya :-
- Tumis bahan hiris dan tumbuk sehingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar, masak hingga minyak pecah
- Masukan bahan sos dan letak sedikit air, kemudian masukan lobak merah, kacang panjang dan kobis bunga. Biar sayur masak sedikit
- Lepas tu baru masuk sotong dan udang, dua tiga titik minyak bijan dan garam.
- Rasa masinnya, masukan daun limau purut, kemudian baru masuk bawang holland yg dipotong tadi.
- Kacau sebentar dan semua dah masak siap dihidang.

