Assalamualaikum kekawan...
Semoga berada dalam rahmat Ilahi dan sihat , ceria selalu... :)
Kesukaan yg meletop Nabil bila dapat topi merdeka ni dan puzzle bendera Malaysia ni.. sebenarnya kakak Nabilah yg dapat di sekolah kebangsaannya.. diberikan hadiah kepada adiknya Nabil.. gembira tak terkatalah anak merdeka ni kan.. segak menyanyi lagu merdeka ni ehe :)
Apa lagi bila cuti ni merdeka ni banyaklah jemputan kenduri kahwin.. saya balik kuang kerana jemputan disana dan en suami menghadiri kenduri kahwin di Shah Alam.. ini kenduri perkahwinan anak Kak Piah..sampai pengantin tengah makan beradat.. disini saya jumpa lauk kampung yg sedap.. gulai nangka dengan ikan masin dan ayam kampung masak kicap.. amik sedang jer sebab lepas ni nak pergi lagi satu kenduri...
Lepas tu pergi ke rumah kedua pulak, anak kawan sekolah jugak.. tapi pangkat adik.. anak sulong dia ni .. cantik orangnya.. ada adik saya ambil separuh jer gambar pengantin lelaki tu.. kesian pulak..
Intan, mak pengantin yg ditengah tu.. suka terima menantu.. umur baru 42tahun dah dapat menantu ... mak saya kata ikut Intan lah anak dia ni kahwin muda.. umur 19 dah kahwin .. dah sampai jodoh kan.. tak kira usia kan kekawan..
Pastu di sini saya jumpa lauk kampung juga.. sambal tempoyak petai dan goreng jering dengan ikan bilis.. perghhh lagi bertambah saya makan ..
Kemana merdeka kekawan... ? tentu pergi bercuti ada juga kan sebab cuti 3 hari tu.. :)



