JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Pes Tomyam Putih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pes Tomyam Putih. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2016

RESEPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Minggu lepas en suami saya demam.. dia bila tak sihat , seleranya hanya benda-benda masam ajer.. tahu sangatlah tentu dimintanya saya masakkan tomyam.. dah  selalu sangat buat tomyam ayam.. jadi saya tukar selera kepada tomyam ikan.. petang tu balik kerja tengok ada ikan siakap sajer dalam peti ais tu.. marilah kita tomyam kan dia kan.. si Siakap yg elok frozen tu..

Tengok dalam kabinet dapur tu ada pes tomyam putih.. apa lagi saya gunakan pes tu dengan jayanya.. cepat saya memasaknya kan kekawan.. Jomlah intai resepi saya yg mudah ini.

RESEPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP

Bahannya :-
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 1 biji bawang besar 
- 1 peket pes tomyam putih adabi
- 2 biji tomato potong 4
- 2 batang serai dititik
- 1 Batang Karot Merah
- Kobis Bunga
- Limau
- 3 helai daun limau purut
- 10 biji cili padi kerat 2
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Tumis bawang besar sedikit wangi, kemudian masukan 1 cawan air (saya guna pemagang ajaib tu senang)
2. Kemudian masukan pes tomyam putih , kacau mesra, lepas tu masukan karot merah dan bunga kobis.
3. Lepas tu masukan serai dan ikan siakap , tutup pemanggang, biar dia mendidih.
4. Masukan garam, daun limau purut, cili padi dan perahkan lemon keatas ikan tersebut.
5. Apabila ikan elok masak, siap untuk dihidang.

Dinner kami anak beranak malam tu adalah tomyam putih ikan siakap.. makan panas-panas, tengok peluh en suami , merembas keluar, dia kata baru demam dia kebah, tengok sampai 3 kali menambah nasi di pinggan, berselera sekali orang demam ni kan ~__^