Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. Moga sihat dan ceria :)
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Saya ingin mencuba menggunakan pil perancang ini kekawan untuk mengelak haid semasa di bulan Ramadan nanti, ini kerana saya rasa rugi sangat tidak dapat melaku solat tarawikh dan menunggu lailatul qadar .. saya bila uzur syarie ni terlalu lama sehingga 13 hari .. tahun lalu lagi lah saya uzur awal dan penghujung Ramadan.. sebenarnya saya tak kisah untuk menggantinya sebab saya pernah mengganti sebulan puasa kerana saya melahirkan anak kedua dalam bulan puasa.. tapi saya nak manfaat sebulan Ramadan tu dengan sebaik mungkin..
Adakah kekawan pernah mencuba menggunanya.. kongsilah dengan saya pengalaman kekawan tu ye..