JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Puasa asyura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa asyura. Papar semua catatan

Isnin, 2 Oktober 2017

Buat Apa Untuk Buka Puasa Asyura😍

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊

Semalam saya buka puasa dengan bubur jagung .. anak2 yg minta.. kebetulan suami bawa balik 6 tongkol jagung mutiara.. katanya kawan yg bagi.. tercapai hajat najeeha nak makan bubur jagung.. dari minggu sudah mencari jagung..πŸ˜†πŸ˜†

Jadi bekal balik madrasah nabilah .. dia minta nasi goreng kampung.. jadi masa menghantar baju utk najeeha.. kirimkan juga bekalan ini.. 2 minggu ni dia tak balik.. bila cuti sekolah hari Depavali baru balik. Lama juga cuti depavali hampir seminggu.. sebab itu mereka tak balik 2 minggu ni..

Sengaja sekodeng statistik apa resepi yg ramai cari semalam.. rupanya ramai yg mencari resepi bubur asyura kedah..
Saya tak buat pun tahun ni bubur asyura utk puasa asyura ni.. πŸ˜†
Malam tu lepas maghrib en suami bawa bubur asyura Johor.. saya tengok macam bubur lambuk.. oleh kerana saya dah mkn nasi dan bubur jagung.. kenyang pulak.. insyaAllah mlm ni lah utk bernuka puasa utk 11 muharam ni..


Jumaat, 29 September 2017

JOM... PUASA SUNAT ASYURA..πŸ˜πŸ˜™

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Jom kita puasa sunat Asyura.. InsyaAllahπŸ˜πŸ˜™

🍢🌘 Puasa Asyura (10 Muharram) & Puasa Tasu'a (9 Muharram)

☝🏼Terkait dengan puasa Asyura, disebutkan oleh Syaikh Ibnu Utsaimin, dan juga Al-Lajnah Daimah yang diketuai oleh Syaikh Ibnu Baaz, bahawa ianya terbahagi menjadi tiga:
1⃣: Puasa satu hari sebelumnya atau puasa satu hari setelahnya (tanggal 9 dan 10, atau 10 dan 11).
2⃣: Puasa tanggal 10 saja.
3⃣: Puasa satu hari sebelumnya dan satu hari setelahnya (tanggal 9, 10, dan 11).

☝🏼Para fuqaha membahagi mana yang paling afdhal dari tiga hal di atas:
1⃣: Yang paling afdhal adalah puasa tiga hari (9, 10 dan 11).
2⃣: Kemudian puasa tanggal 9 dan 10.
3⃣: Kemudian puasa tanggal 10 dan 11.
4⃣: Kemudian puasa tanggal 10 sahaja.

✅ Syaikh Ibnu Utsaimin katakan, “Yang ini, tampak dengan jelas dari nas yang ada, tidaklah makruh (boleh bagi seseorang untuk hanya puasa pada 10 Muharram saja).”

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه Ψ§Ω„Ω„Ω‡
πŸ“ Muhadharah Keutamaan Bulan Muharram, Malang, 1 Muharram 1438H, 20 Oktober 2016M

πŸ“š ll Ω…Ψ¬Ω…ΩˆΨΉΨ© Ψ·Ψ±ΩŠΩ‚ السلف ll  πŸ“š
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’πŸŒ’

_*Sunah2 hari A'syura.*_
- *Puasa di siang harinya*.
Sebahagian sahabat RA mewajibkan atas diri mereka berpuasa pada siang hari Asyura, antaranya _al Imam Ali Karamallaha wajhahu._
- *Mandi di siang harinya* akan mengeluarkan penyakit dari tubuh badan bg tahun tersebut.
- *Tidur malam harinya dgn bercelak* dikatakan terpelihara dr penyakit mata pd tahun itu.
- *Berbekam pd siangnya* dikatakan dpt mengeluarkan penyakit setahun.
- *Bersedekah pada siang harinya* dikatakan umpama bersedekah setahun penuh
- *Menyapu kepala anak yatim* dikatakan ditulis baginya setiap helai ramput dgn satu darjat.
- *Memberi makanan bg org yg berbuka* dikatakan seperti memberi makan satu ummah Islam seluruhnya.
- *Ziarah org yang sakit siangnya* seperti menziarahi kaum Muslimin yg sedang sakit seluruh ummat. .
🌷 Melapangkan belanja buat keluarga di siangnya disebut dalam satu riwayat, Allah akan melapangkan belanjanya setahun. .
Disebut dlm Mujarrabat (himpunan kisah2 benar) Imam Ali Karamallaha wajhahu🌷
☺ Sayyidi Ahmad Al Hadi hafizahullah berkata:
Bagi golongan pemburu habuan dan tujuan☺ ini bahagian mereka.  *Dgn membaca seribu kali* "Ω„Ω‚Ψ― Ψ¬Ψ§Ψ‘ ΩƒΩ…" hingga akhir surah at Taubah, Sesungguhnya alQutub al Ba'qili menyebut di dalam kita Al Ira'ah.. Jin Rohani akan menjadi khadamnya dgn membawa rezeki dari alam ghaib.
Psst: habuan last ni paling dasyat.πŸ˜‚

Sumber : WhatApps