Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Aci tak saya tempek gambar Puding Roti Marble Coklat ni pagi-pagi hahaha :D
Ini memenuhi permintaan jeeha utk dipotong sikit puding roti tu.. Sebenarnya saya nak bawa puding di kerumah biras saya tu.. entri disini.. oleh kerana najeeha nak pergi tuisyen dulu pada pukul 3.00pm-5.00pm.. so dia minta nak merasalah puding tu.. kesian juga kat dia.. mana tahu habis lak masa di majlis tu nanti.. majlis tu mula pukul 4.00pm-6.00pm.. sedangkan najeeha habis tuisyen pukul 5.00pm dan en suami menjemput dia pun pukul 5.00pm dan sampai rumah biras saya tu pukul 5.30pm..
Mujurlah saya bagi dia rasa sebab memang habis pun puding roti tu ~__^
Saya masih menggunakan resepi dari Hanamemories.. saya buat kali pertama pada 2012.. oleh kerana kelembutan dan lemaknya rasanya resepi ini saya tak mencuba resepi yg lain..
Cubalah kekawan sedap.. pastu mudah sangat utk menyediakannya tu.. Jom intai resepi..
PUDING ROTI MARBLE COKLAT
1st source : hanamemories
2nd source : Izahdaut
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Saya tak potong tu dirumah siap-siap.. saya bawa bekas tupperware tu sekali ke rumah biras saya tu.. senang kerja saya.. potong kat sana dan guna bekas pinggan dia utk dihidang hehehe :D
Tu dia.. duduk bersama dengan nona manis dan agar-agar sirap bandung saya tu..
Tapi yg mula-mula habis puding roti marble coklat tu :D
p/s Keputusan darah saya mengenai tiroid saya tu ada sikit mengecewakan kerana naik balik bacaan tapi tak banyak.. tapi semua tu salah saya sebab saya tak makan ubat yg diberikan oleh doktor apabila saya merasai tiroid saya dah normal pada bulan sudah.. moral of story saya kena juga makan ubat tu wlpn dah normal sebab ianya belum pulih sepenuhnya..



