JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label RESEPI PAPRIK DAGING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI PAPRIK DAGING. Papar semua catatan

Khamis, 4 Disember 2014

RESEPI PAPRIK DAGING.... emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu hendaknya.. :)



Lama sungguh daging korban ni bertapa dalam peti ais saya kekawan.. ye lah daging korban yg dibuat di kampung en suami pada hari raya haji tempohari.. hampir dua bulan pertapaan daging tu kan hihihi :D
Ahad baru ni , baru saya dapat memasaknya.. en suami minta buatkan asam pedas .. saya buatkan juga asam pedas daging ni utk en suami.. (resepinya disini asam pedas daging)
Untuk anak-anak saya masakan paprik ni.. suka sungguh betul budak bertiga ni makan.. paprik ni kan ada rasa masam manis dan pedas tu yg memenuhi selera mereka..

Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan :)

RESEPI PAPRIK DAGING 


Bahannya :-
  • 250gm daging (rebus hingga empok)
  • 1/2 batang lobak merah
  • 200 gm kobis bunga
  • sebiji tomato
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1 s/b kicap cair
  • 1 s/b cili kisar
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s/b kicap manis
  • 2 s/b sos tiram
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa
  • 1 s/k tepung jagung
Caranya :-
  1. Tumis bahan tumbuk dan hiris sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukan cili kisar masak hingga wangi.
  3. Kemudian masukan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos tomato, kicap manis, kacau sebentar.
  4. Selepas itu masukan daging bersama air rebusan, kemudian masukan pula kobis bunga dan lobak merah.
  5. Kemudian masukan daun limau purut dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali bancuh tepung jagung bersama sedikit air, kemudian masukan kedalam masakan tadi utk memekat kuahnya. Biarkan hingga mendidih sekejap.
  7. Siap utk dihidang :)