JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label RESEPI ROTI JALA MODEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI ROTI JALA MODEN. Papar semua catatan

Selasa, 16 Disember 2014

ROTI JALA MODEN

Assalamualaikum kekawan.. selamat petang ...

Ini kes baru balik sekodeng FB.. ehe :)

Tengok resepi Roti Jala Moden ni macam mudah jer... apa lagi 

save dulu kat sini.. nanti senang kita cuba pulak ye..

RESEPI ROTI JALA MODEN


Bahan-bahan:
Tepung gandum 3 cawan
Air 2 cawan setengah
Susu segar (optional) 1/2 cawan - kalau tak mahu letak susu letak air
2-3 titik pewarna hijau cam Ummi buat
1 biji telur
3 sudu besar mentega
Secubit garam...
Cara-cara :
-Satukan semua bahan diatas dengan whisk dan tapis bancuhan..
-Panaskan non stick pan
-Lenserkan dengan minyak zaitun atau minyak masak biasa (celup kitchen towel dlm minyak sikit dan lapkan pan.
-Isikan adunan didalam botol sos yang bermuncung tiga . Atau kalau tiada gunakan acuan roti jala yang biasa. Bila panas paipkan adunan diatas pan secara melintang dahulu dan kemudian menegak. Saya gunakan api kecil.
-Bila permukaan adunan pucat..maknanya roti jala kita dah masak and bolehlah menggulung..Ummi rasa gulung ini ada banyak cara.
-Cara saya, lipat roti sepertiga atas dan bawah angkat dalam pinggan dan gulung dari tepi hingga ke hujung..
-Teruskan menjala hingga adunan habis..
Selamat mencuba !!!