JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2016

Renungan :: Masih Tak BERIMANKAH KITA KEPADA KITAB..

Assalamualaikum w.w.


Kejadian ini berlaku di Mesir. Sebuah apartment 5 tingkat mulai terbakar hampir lewat malam malam.

Semua penghuni bangunan tersebut sangat terkejut bergegas menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan barangan dalam rumah, sehelai sepinggang, dan menyaksikan api dgn maraknya menjilat hampir semua rumah dibangun tersebut.


Apabila terbit matahari, bangunan itu masih lagi  terbakar, (lihat gambar).

Masing-masing melihat kediaman mereka dan barangan di dalamnya hangus dijilat api. Mereka tak sempat berbuat apa-apa.

Tetapi, dgn kuasa Allah.. !! Subhanallah...
Rumah no 13, seolah-olah tidak disentuh api.. Sedangkan rumah di atas dan bawahnya juga terbakar dijilat api.

Apabila api sudah reda dan berjaya dipadamkan, masing-masing masuk melihat keadaan rumah mereka yg sudah hangus.

Tetapi Mohamed and Munir yang tinggal di rumah no. 13, amat terkejut..      
         
Keadaan dalam rumah mereka tidak disentuh !!
Ramai sahabat dan jiran  datang utk menyaksikan kejadian yg yang sukar dipercayai. Sungguh ajaib..

Apa yg mereka dapati, rumah mereka selamat, dan Al-Quran yang sedang tersusun di kabinet kekal seperti ditinggalkan..

Mohamed dan Munir adalah penghafal Al Quran, dan mereka berusaha mengulang hafal paling kurang satu surah sehari.  

   Sebuah Al-Quran masih lagi terbuka di atas meja di hadapan mereka yang digunakan utk mengajar anaknya malam tadi dan terpaksa ditinggalkan sewaktu bergegas meninggalkankan apartment mereka. Malah mereka juga terkejut dgn barangan dlm rumah dan Al-Quran tersebut yg tidak lansung di sentuh api.

Allah Maha Berkuasa   !!          
Allah menyelamatkan Al Quran dan harta mereka bila ia digunakan utk  sepatutnya.

Mukjizat Al-Quran sebagai kalimah Allah yg sangat penting ini masih berdiri dan sering dilupakan dicelah-celah rak buku di rumah kita 😔

Di dunia lagi Allah telah menunjukkan interaksi kita dgn Al Quran menyelamatkan kita dari kebakaran ...

Semuga Allah mengampun dan merahmati kita.

Yuh bangun 💪🏼
Sumber : WhatApps

p/s peringatan untuk diri saya juga ini.. jadikan alquran sebagai kawan.. kalam Allah yg melindungi kita di dunia dan akhirat..

Jumaat, 18 September 2015

Renungan :: Jangan Melihat Seseorang Dari Masa Lalunya..

As'salamulaikum sahabat semua
Tazkirah yg indah...   



          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..      
                
          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.   
          
Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.       
           
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga   
         
Subhanallah....
      
          Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.          Amiinnn..
Ingatan untuk diri ku yang sentiasa lupa :;Dipetik drp grup whatapps saya yg lain utk renungan kita bersama. Pengajaran yg bernilai. Salam utk sahabat2 semua..😊

Jumaat, 28 Ogos 2015

RENUNGAN :: 6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..

Perkongsian dari wasap group semoga memberi manfaat buat kita semua..


6 perkara Allah sembunyikan~~
''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

Isnin, 20 April 2015

APABILA ALLAH TIDAK MENGKEHENDAKI KITA LAGI.. SEDIHNYA :(

Jumaat, 3 April 2015

RENUNGAN :: Berapa Banyak Sebenarnya Kita Kena Cukai :(

Assallamualaikum kekawan..
Semoga kita semua beroleh rahmat dari Ilahi dihari Jumaat yg penuh barakah ini..


Sebenarnya berapa banyak yg kita kena cukai setahun.. ni yg saya kena untuk setahun..

  1. Januari CUKAI PINTU 
  2. Februari sebelum Mei CUKAI TANAH
  3. April CUKAI PENDAPATAN
  4. Apabila menggunakan perkhidmatan sesuatu CUKAI PERKHIDMATAN
  5. Sekarang tiap2 bulan GST utk CUKAI BARANGAN 
  6. CUKAI JALAN (ini tambahan dari komen kak rose )
ZAKAT tu dah wajib sebab dah masuk RUKUN ISLAM.. tak menunaikan belum sempurna lah ISLAM kita kan..

Ini lah ZAKAT sebenarnya yg wajib untuk kita orang Islam, ENAM diatas itu tidak perlu kan..


Doa Rasulullah Untuk Pemimpin

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ.

“ Ya Allah , barangsiapa yang mengurus urusan umat ku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan perkara umat ku, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia.”
(Hadits Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407).

Wallahualam bisawab..

Jumaat, 6 Mac 2015

NAK bawa MASUK Tak MUAT KUBUR ?????

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yang baik hendaknya...
Saya kongsikan dari whatapps group.. semoga bermanfaat :)




Jumaat, 30 Januari 2015

RENUNGAN JUMAAT :: BERSYUKURLAH

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...

Perkongsian dari Whatsapp group... semoga bermanfaat..





Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API.
Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE.
Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA.
Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARYLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE.
Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISYEN.
★ Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.
★ Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI. Mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.
"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu.
Kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DIBORONG oleh merekα."
"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada."
★ Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.
"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKHLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila², dimana² dan dalam apa jua keadaan pun."
★ KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh Orang² yang BERSYUKUR.
"JIKA TIDAK MEMILIKI APA YANG DISUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG DIMILIKI SAAT INI"
BERSYUKUR adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.
* Jika Anda FAIL
(gagal) jangan putus asa, sebab FAIL bermaksud First Act In Learning
(Langkah Pertama Dlm Pembelajaran)
* END (Tamat)
bukanlah Pengakhiran malah END bermaksud Effort Never Die
(Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)
* Jika
Anda dapat NO (Tidak) sebagai jawapan, ingatlah NO bermakna Next Opportunity
(Peluang Seterusnya)
~ Mudah²an bermanfaat

Jumaat, 9 Januari 2015

Salam JUMMAAT yang BARAKAH.. kekawan ^__^





Assalamualaikum kekawan..
semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberi keberkatan...





Jumaat, 5 Disember 2014

TAZKIRAH :: SEMBUNYIKAN..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah kekawan .. semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan dan sihat selalu nya :)




p/s Hari ni saya bercuti kerana kakak saya buat kenduri utk menyambut menantu anak yg dua orang kahwin orang Johor tu.. nanti saya BW kekawan ye

Jumaat, 19 September 2014

Semakin ALLAH Sayang kepada Seseorang HambaNya, SEMAKIN KUAT UJIAN BUATNYA....

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg penuh barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..

Saya terima di wall FB , jadi saya kongsikan disini utk renungan kita bersama..








Terima kasih saya pada kekawan yg memberi komen dan

 kekuatan kepada saya semalam.. 

Apabila petang saya dah semakin bermotivasi.. terus redha 

dan muhasabah diri.. semoga 

terus diberi kesabaran dan petunjuk dari Ilahi..



Jumaat, 15 Ogos 2014

Kenapa ada AMBULANS Depan RUMAH Kita.....

Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kekawan berada dalam rahmat Ilahi hendaknya :)



Kelmarin semasa saya dan en suami sedang berbuka puasa.. 
Nabil tiba-tiba berkata " ehh depan rumah kita ada ambulan datanglah"
Pastu kakak dua orang tu pun mengintai sama dibalik cermin tingkap.. en suami pun bangun dan buka pintu menjenguk.. tengok ambulan tu berada dirumah ketiga didepan rumah kami.. Pegawai perubatan terus masuk kedalam rumah tu...
Kami terus berbuka puasa.. tak lama tu mereka tergesa-gesa , mengankat pesakit kedalam ambulan.. en suami pun keluar semula.. tengok abang tu dah ada kat luar.. tengok rupanya anak perempuannya yg sakit.. pegawai perubatan tu terus menekan perut memberi bantuan.. 
En suami kata tengok mulutnya dah berbuih dan ada keluar darah sedikit...
Pagi esok saya tengok rumah abang ni gelap ajer.. anak perempuan abang ni dah berkahwin, duduk sama serumah anak beranak mereka ni...
Saya pun terus menghantar anak-anak sekolah seperti biasa.. sampai di ofis lebih kurang pukul 8.30pagi, en suami telefon mengatakan anak jiran tu dah meninggal malam tadi.. Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Anak perempuan abang ni berumur 24 tahun dan punya dua orang anak, seorang berumur 3 tahun dan seorang lagi baru 9 bulan dan masih menyusu dengan ibunya.. 
En suami kata pagi ni pukul 9am baru post mortem dan akan dikebumikan di Sabak Bernam kampung suaminya, tak bawa balik taman ni.. Saya tanya sakit apa pada en suami.. En suami kata tak ada yg serius.. semalam petang dia pengsan masa tu suami dia nak pergi kerja malam , jadi nak beritahu dia nak pergi kerja tengok isterinya dah tak sedar diri.. tu yg panggil ambulan.. 
Dalam hati saya berkata.. mudahnya kematiannya.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.. Alfatihah..

"Tiap-tiap diri yang bernyawa akan merasai mati" firman Allah dalam surah Ali Imran ayar 185

Muhasabah buat diri saya sendiri mengenai kematian..


Jumaat, 11 Julai 2014

RENUNGAN :: Asbabun Nuzul Dari SURAH AT TIN ~ Kisah ABAH lagi ..

Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah dah hari ke 13 kita berpuasa.. semoga kita berada didalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik utk kita terus beribadah lagi...

Semalam mak cerita , 
"abah ko ni semakin pelupa.. bila sahur dia sahur, kata puasa ... bila azan zohor dah buka katanya.. mak kata dah masak ada nasi dan lauk nak makan ke.. terus ke dapur pergi makan.. " kata mak , 

"tak apalah mak, abah pun dah tua , umur pun dah 87 tahun, lagi pun dah uzur, tak tahan dia berpuasa lagi" ujar saya  

"mak tengok abah ni dah macam budak2 pulak .. lepas asar dia kata dia puasa.. sudah" tambah cerita mak..
"tapi tak apalah dulu dia tak pernah tinggal puasa.. masa askar dulu abah kena bawa peralatan yg besar dan berat.. dia masih tahan berpuasa" imbauan kenangan mak semasa abah dalam askar.. 
Mak pun pernah bercerita, abah pernah terbalik kan meja ketuanya.. masa tu dalam askar British, abah kena duty 3 jumaat berturut-turut.. mana boleh dah masuk 3 jumaat tak solat jumaat.. mengamuk abah.. pastu baru ketua dia buat giliran yg betul..



Lepas tu saya cerita pada mak, Surah At-Tin ayat 4, 5 dan 6 , Allah telah menjanjikan mak..
Ayat 4"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
Ayat 5" Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat yg rendah"
Ayat 6 "Kecuali orang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yg tidak putus-putus"


"Maknanya abah sekarang berada di peringkat nyanyuk mak, dia tak ingat apa-apa yg dilakukan.. Maka Allah S.W.T menurunkan ayat selanjutnya iaitu ayat ke 6 surah At Tin yg menegaskan bahawa mereka yg beriman dan beramal soleh sebelum nyanyuk akan mendapat pahala yg tidak akan putus-putus"  ujar saya..


" ye lah kan.. semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran buat abah ko tu.. kesian juga mak tengok.. "  balas mak..
"InsyaAllah.. semoga abah berada dalam rahmat Ilahi" balas saya

"Ko dah masak ke? Tanya mak menukar topik lain..
"Hehehe hari ni tak masak beli kat restoran Soto SS8 tu, Nabil nak roti Jhon, kakak nak pulak siput sedut pulak, Jeeha nak ikan keli sambal.. ikutkan ajer sebab lauk tu tak ada dalam peti ais" balas saya..



Maha Pengasih dan Penyayang Allah SWT kepada hamba Nya tiap-tiap sesuatu yg berlaku ada penyudah yg baik. Asalkan kita pada awalnya telah beriman dan beramal soleh.. maka diteruskan pahala yg terdahulu tanpa henti-hentinya..
Dalam buku hadiah harijadi Nabil ni ada menceritakan segalanya.. 



Jumaat, 4 Julai 2014

TINTA TARBAWI :: KEMULIAAN QURRA (Pembaca Al Quran)

Assalamualaikum kekawan..

Salam jumaat yg barakah.. Alhamdulillah dan hari ke enam kita berpuasa kan kekawan.. semoga Allah memberi kesihatan yg baik utk kita teus menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna ..




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إخوة استاذ حذري البنداني

TINTA TARBAWI , PERINGATAN:

KEMULIAAN QURRA ( PEMBACA AL-QURAN )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ
Firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (QS. Faathir: 29-30)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman, semoga Allah merahmatiku dan kalian semua.. semoga kita tergolong dari kalangan para qurra yang gemar membasahkan lidah dengan bacaan al-quran. Imam Ibnu Jarir at-Tobari dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat di atas adalah berkenaan dengan kemuliaan qurra. Sifat -sifat qurra yang dinyatakan adalah orang yang membaca kitab al-Quran, mendirikan solat dan gemar bersedekah. Ia adalah natijah dari pembacaan al-Quran secara istiqamah dan penghayatan terhadap maksud-maksud ayat yang dibaca. Lantaran itu, kita sebagai umat islam amat digalakan membanyakkan bacaan al-Quran.

KEMULIAAN QURRA:

1) sebaik-baik manusia adalah yang belajar al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain kerana ia berhubungkait dengan kalam Allah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَه

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)

2) Kemuliaan buat yang mahir membaca al-Quran. Mereka akan dihimpunkan bersama para malaikat yang mulia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ

“Orang yang lancar membaca Al-Quran akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi berbakti ” (HR. Muslim)

3) Masih ada pahala buat mereka yang tidak mahir membaca al-Quran, tetapi tekun berusaha. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

“ sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat lagi berat, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” (HR. Muslim)

4) Pembaca al-Quran akan beroleh syafaat al-Quran di hari kiamat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-quran, karena ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada pembacanya.” (HR. Muslim)

5) Pembaca al-quran akan memperolehi rahmat dan ketenangan hidup. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ



“Tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya, kecuali akan turun ketentraman kepada mereka, diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut mereka ( berbangga dengan mereka ) di hadapan makhluk di sisi-Nya.” (HR. Muslim)

6) Pembaca al-Quran beroleh ganjaran pahala bersedekah unta. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat:

" أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يَغْدُوَ كُلَّ يَوْمٍ إِلَى بُطْحَانَ أَوْ إِلَى الْعَقِيقِ فَيَأْتِىَ مِنْهُ بِنَاقَتَيْنِ كَوْمَاوَيْنِ فِى غَيْرِ إِثْمٍ وَلاَ قَطْعِ رَحِمٍ " . فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نُحِبُّ ذَلِكَ . قَالَ : " أَفَلاَ يَغْدُو أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيَعْلَمَ أَوْ يَقْرَأَ آيَتَيْنِ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرٌ لَهُ مِنْ نَاقَتَيْنِ وَثَلاَثٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثٍ وَأَرْبَعٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَرْبَعٍ وَمِنْ أَعْدَادِهِنَّ مِنَ الإِبِلِ " .

“Siapakah di antara kalian yang suka berangkat pagi setiap hari ke Bathhan atau ‘Aqiq dan pulangnya membawa dua ekor unta yang besar pundaknya tanpa melakukan dosa dan memutuskan tali silaturrahim?” Para sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, kami suka hal itu.” Baginda bersabda: “Tidak adakah salah seorang di antara kamu yang pergi ke masjid, lalu ia belajar atau membaca dua ayat al-quran? Yang sesungguhnya hal itu lebih baik daripada memperoleh dua ekor unta, tiga ayat lebih baik daripada tiga ekor unta, empat ayat lebih baik daripada empat ekor unta dan (jika lebih) sesuai jumlah itu dari beberapa ekor unta.” (HR. Muslim)

7) Pembaca al-Quran beroleh kebaikan bagi setiap huruf yang dibaca . Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

8) Pembaca al-Quran , digambarkan bagaikan buah utrujjah yang harum dan sedap. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ

“ Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah utrujjah; aromanya wangi dan rasanya enak.” (HR. Bukhari-Muslim)

9) Pembaca al-Quran akan beroleh ketinggian darjat di syurga Allah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا

“ Akan dikatakan kepada pembaca al-quran “Bacalah dan naiklah (ke derajat yang tinggi), serta tartilkanlah sebagaimana kamu mentartilkannya ketika di dunia, karena kedudukan kamu pada akhir ayat yang kamu baca.” (Hasan shahih, HR. Tirmidzi)

Kesimpulan :

Begitu besar kemuliaan dan ganjaran buat para qurra yang tekun dan setia membaca kalam Allah. Alangkah ruginya orang yang tidak merebut peluang membaca al-Quran. Lantaran itu jangan ditangguh lagi peluang waktu yang ada. Bawalah dirimu mencintai al-Quran dan gemar membacanya. Jangan kata : “ tiada masa .” tapi berilah masa untuk lidahmu basah dengan kalamullah. Kerana dengan kitab inilah Allah memulikan manusia bila belajar dan beramal dengannya dan dengan al-Quran juga mausia boleh jadi hina bila tidak mempedulikannya . Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

“Sesungguhnya Allah meninggikan suatu kaum karena al-quran ini dan merendahkan juga karenanya.” (HR. Muslim)

Semoga Allah menganugerahkan kita kelazatan tilawah dan tadabbur ayat-ayat al-Quran.

Ya Allah Ya Rahman, pertemukanlah kami dengan ramadhan…anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.

Doakan taufik, hidayah dan ‘afiah…

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , والعفو منكم....أخوكم : محمد حذري بن هاشم بن يونس بن حسن البنداني

Jumaat, 16 Mei 2014

KETIKA USIA 40 TIBA.... Berhati-hatilah wahai saudaraku ..

Assalamualaikum kekawan...

Alhamdulillah bersua kita pada hari Jumaat yg barakah, penghulu segala hari..
semoga kekawan sihat dan ceria :)


BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ


Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد


"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

JOM PAKAT2 Share✔


Sumber dari FB
.

Jumaat, 9 Mei 2014

Renungan # MASIH ADAKAH PERTEMUAN ^__^

Assalamualaikum kekawan..

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah s.w.t yg telah memanjangkan usia kita utk pagi ini.. Semoga kita berada dalam rahmat Allah s.w.t pada hari Jumaat yg barakah ini.. 
Saya suka membaca blog Ustazah Norjaslina .. isteri kepada Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman... Tulisan ustazah kali ini memberi kesan dalam hati saya untuk mendidik anak-anak dan juga diri sendiri.. saya meniru bulat2 cara ustazah, memulakan dengan perbualan dan pertanyaan.. kemudian baru dihuraikan sebab musababnya untuk mereka paham.. saya copy paste untuk rakan blogger yg lain..

MASIH ADAKAH PERTEMUAN

“Kita duduk dulu ye. Lepas ni, baru baca al Quran, “ pinta saya  usai solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak. Setelah beberapa malam dihambat beberapa urusan si kecil yang kurang sihat, saya ingin mengambil luang waktu yang ada malam ini untuk memberikan sedikit tazkirah buat peringatan bersama anak-anak tercinta.

Kak ngah duduk bersebelahan Solehah, kak long pula selesa berada di tengah-tengah antara dua orang adiknya, Solehah di sebelah kiri dan Khalil di sebelah kanan, sementara saya mengambil tempat di sebelah kanan Khalil sambil memangku si kecil Maryam. Sambil menatap seorang demi seorang wajah anak-anak yang dikasihi, saya menarik nafas bagi memulakan mukadimah. Pandangan dari setiap biji mata dari wajah-wajah indah di mata saya ini, bersilihganti menerjah ruang hati seorang ummi.

“Kak ngah sayang Solehah?” Saya memulakan sesi dengan satu soalan mudah.

Of course, ummi..” Ringkas jawapan kak ngah dengan sedikit ketawa kecil menghiasi. Solehah di sebelah hanya tersenyum malu-malu.

“Solehah pula, sayang kak long tak?”Kali ini giliran Solehah dilontar pertanyaan serupa. Sebagaimana biasa, ‘si bongsu tak jadi’ ini hanya menganggukkan kepala dengan senyuman manisnya. Sesekali dia menjeling kak long yang sengaja melihat ‘tajam’ ke arahnya. Acah-acah…

“Kak long, sayang tak Khalil?” Saya terus bersoaljawab dengan topik yang sama.

 “Mestilah, ummi..” kak long menjawab dengan sedikit kerutan di dahi. Mungkin tertanya-tanya mengapa tiada soalan lain yang dilontarkan kepadanya.  

“Khalil? Sayang ummi?” Khalil yang sedari tadi hanya menanti giliran, pantas memberikan senyuman lebar. Banyak kali kepalanya dianggukkan sehingga mencetus ketawa kami semua.

“Ummi pun sayang semua anak-anak ummi; kak ngah, Solehah, kak long, Khalil dan Maryam. Opss, ummi sayang ayah juga.” Saya berkata tanpa disoal sesiapa sebagai menamatkan rantaian pertanyaan pertama. Tersenyum manis semuanya mendengar bicara ummi mereka; walau entah kali ke berapa ayat yang sama saya ulang sejak mereka kecil hingga usia mereka kini.


KEJUTAN
Sememangnya tajuk yang ingin saya bawa kepada anak-anak malam ini, agak berat. Sesuatu yang ada kaitan dengan hari akhirat, tempoh di mana tiada lagi bicara ‘kasih sayang’ antara keluarga dan sanak saudara. Setiap orang membawa diri masing-masing, hanya sibuk memikirkan nasib diri di hadapan pengadilan ILAHI.

Betapa kerap terbayang suasana hingar bingar itu. Dan acapkali, airmata ini tumpah mengenangkan diri ini yang ‘tidak lagi akan peduli’ pada anak-anak ketika itu.  Bertambah pilu tatkala mentadabbur firman-NYA ini :

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

Maksudnya : “Orang-orang yang saling mencintai, pada hari itu (kiamat) sebahagian mereka menjadi musuh bagi sebahagian lainnya, kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 67)
Saya menginsafi, sesungguhnya Yaumul Mahsyar kelak bukan sekadar tempat perhimpunan seluruh umat manusia untuk diadili segala amalan mereka di dunia, tetapi lebih dari itu ia merupakan ‘daerah’ penuh kejutan yang tidak terjangka.

Ternyata insan yang dahulunya dimesrai, dikasihi dan dicintai, adalah musuh yang melukakan hati. Sebaliknya, insan yang dipandang remeh tidak menguntungkan, rupanya selalu mendoakan dalam sunyi.

Betapa dosa yang selalu menghambat dan menghenyak untuk bertaubat tanpa henti,  ternyata paling diampuni. Banyak pula  amal-amal kecil yang dipandang sebelah mata, rupa-rupanya mampu menyelamatkan dari seksa neraka.

Banyak kata-kata dan ucapan bibir yang disangka tidak apa-apa, ternyata mengundang dosa mencelaka.  Dan betapa banyak amal yang dibangga-bangga pelakunya hingga disangka akan membawa ke syurga, ternyata hanya ‘debu-debu bertebaran’, tidak berguna.

SEANDAINYA….
“Apa perasaan kak ngah, Solehah, kak long dan Khalil, seandainya kita semua tak dapat bersama-sama di syurga?” Soalan kedua ini melirihkan jiwa menuturkannya, namun tetap saya luahkan demi memberi bayangan kepada anak-anak tercinta.

“Tak bestlah...” Kak long dan kak ngah menjawab serentak.Terserlah riak sedih pada wajah kedua-duanya.

“Solehah nak ummi ada..” Celah Solehah dengan wajah kurang ceria. Khalil juga agak serius, tidak sebagaimana soalan pertama tadi. Bagai ada genangan air di kolam matanya…kak long dan kak ngah juga sudah mulai sayu.

Melihat itu saya sebak. Namun, saya kuatkan hati untuk meneruskan bicara.

“Hmmm…tahu tak anak-anak semua, walaupun kita semua sayang menyayangi di dunia ini, tapi di akhirat nanti, kita mungkin menjadi musuh?” Agak tegas nada suara saya.

Soalan ketiga ini menjadikan wajah anak-anak terkejut. Kak long memandang kak ngah, sementara Solehah maju ke hadapan saya dan bertanya :

“Musuh tu apa, ummi?”

“Musuh tu, orang yang tak sayang kita tapi benci…” Saya cuba menjawab dengan susunan dan pilihan perkataan yang diharapkan mampu Solehah fahami.

“Kenapa pula macam tu?” Soalan Solehah bertali. Terlihat riak terpinga-pinga pada air mukanya.

“Sebab, perasaan sayang di dunia ni bukan kerana ALLAH dan untuk mendapat reda-NYA, tapi semua kerana dunia sahaja. ” Saya cuba menjelaskan.

Teringat penjelasan ayat 67, Surah az Zukhruf tadi daripada Syaikh Abdul Rahman as-Sa’di rahimahullah dalam kitab tafsirnya, Taisir al karim ar Rahman :

“Dan sesungguhnya pada hari itu, yakni pada hari kiamat, orang-orang yang saling mencintai, iaitu orang-orang yang kecintaan mereka di bangun atas kekafiran, pendustaan dan kemaksiatan kepada ALLAH; maka sebahagian mereka menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Hal itu karena cinta kasih mereka di dunia ini bukan kerana ALLAH, sehingga berbaliklah menjadi permusuhan pada hari kiamat. Kecuali orang-orang yang bertakwa (menjaga dan melindungi diri) dari kesyirikan dan kemaksiatan, maka kecintaan mereka akan kekal dan berkesinambungan disebabkan kekalnya ALLAH yang menjadi tujuan kecintaan mereka.”

DEMI BERSAMA….
“Kalau macam tu, bagaimana nak pastikan kita boleh bersama di syurga nanti ummi?” Kali ini kak long pula menyoal saya dan soalannya itu amat menggembirakan saya, sementara adik-adiknya setia menanti jawapan dan penerangan daripada saya.

“ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sebut dalam al Quran, syarat pertama untuk bersama ialah, kita mesti jadi orang beriman.” Ulas saya mengingatkan firman-NYA :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ

Maksudnya :“Dan orang-orang yang beriman, sedangkan anak keturunan mereka mengikutinya dengan keimanan, maka KAMI susulkan anak keturunan itu kepada mereka. Dan KAMI tidak mengurangi sedikit pun dari amalan mereka.” ( Surah at-Thur ayat 21 )

“Inilah salah satu khabar gembira bagi orang-orang dan keluarga yang beriman. Walaupun, mereka terpisah di dunia kerana kematian, namun jika ada iman, mereka akan kembali bersama di akhirat dalam keadaan yang lebih baik.” Tambah saya dengan wajah ceria. Terasa indah bila menyebutkan tentang harapan yang ALLAH hamparkan dari keimanan kepada-NYA.

“Tapi kena buat syarat kedua pula..” Saya tersenyum manis. Tanpa menunggu lebih lama, penjelasan saya bertali apabila melihat anak-anak mendengar dengan penuh bersemangat.

“Apa lagi ummi?” Kak ngah mencelah. Nadanya juga bertenaga. Duduk yang tadi senget diluruskan semula.
“Lepas beriman, kena buat pula amalan orang-orang beriman. Orang beriman buat yang baik-baik je. Dan amalan yang paling atas sekali ialah solat, sebab solatlah amalan pertama yang akan ALLAH nilai di akhirat nanti. Kalau malas, solat main-main…susahlah nak jumpa kat syurga nanti. Betul tak Khalil dan Solehah?” Usik saya di hujung kata. Tersengih-sengih Khalil dan Solehah menyambut usikan saya.

KERANA DIA
“Dan akhir sekali, bila buat amal-amal baik tu, hati kita semua kena sama. Kalau lain-lain, macam mana nak bersama kat akhirat nanti, dalam syurga yang best tu.” Sekali lagi saya menjentik perasaan INGIN TAHU anak-anak di depan mata.

“Macam mana tu ummi? Hati kena sama?” Kak ngah bertanya kali kedua. Berkerut dahinya; pening barangkali memikirkan kata-kata saya tadi.

“Rasulullah bersabda :

يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى نِيَّاتهِمْ

Maksudnya : "Sesungguhnya manusia dikumpulkan (di Padang Mahsyar) berdasarkan niat-niat mereka." ( Hadis riwayat Ibnu Majah )


Walaupun kita sama-sama buat amalan baik tapi kalau niat lain-lain, contohnya, kak ngah baca Quran sebab nak orang puji, kak long pula baca quran sebab nak disayangi ayah dan ummi, Khalil baca Quran sebab takut kena marah, solehah seorang je yang baca Quran sebab ALLAH suka, macam mana niat yang berbeza-beza tu boleh mengumpulkan pelakunya dalam kumpulan yang sama? Betul tak? Orang yang buat kerana ALLAH, dia akan berkumpul bersama orang lain yang buat kerana ALLAH. Orang yang buat kerana manusia dan dunia, akan berkumpul dengan kumpulan yang sama niat dengan mereka jugalah. Jadi, kalau nak bersama-sama di syurga nanti, kena buat kerana ALLAH. Itulah ikhlas.” Saya menjelaskan.

“Jadi, kalau nak berjumpa semula semuanya di syurga nanti, kita kena jadi orang beriman, jaga solat dan buat banyak kebaikan dan lakukan semua itu kerana ALLAH. In shaa ALLAH, dengan rahmat ALLAH, ummi, kak ngah, Solehah, kak long, Khalil, Maryam dan ayah juga, pasti dapat berjumpa semula di syurga, ameen.” Saya mengakhiri sambil menatap penuh makna wajah-wajah anak-anak yang amat saya kasihi.

MASIH ADAKAH PERTEMUAN?
Saya meyakini, soalan ini ‘mampu’ kita jawab dengan bertanya ke dalam diri sendiri. Lantaran, kita maklumi, bahawa dunia ini hanya sementara, maka apa sahaja yang pernah wujud di dalamnya termasuk hubungan kasih sayang yang terbina antara keluarga, perkahwinan dan lain-lain juga tidak kekal sifatnya.

Kecuali, memang ada faktor penyebab yang akan melestarikan hubungan itu sampai ke akhirat sana.
Justeru itu, pada saya, tiada yang dapat menjamin itu semua, melainkan setiap individu perlu menatarapi hubungannya dengan ALLAH, Tuhan Yang Maha Esa.

Insafilah….perumpamaan ikatan yang murni dan akrab antara ‘jiwa’ seorang hamba dan Rabbnya adalah seperti bulan yang tetap bersinar indah kerana tidak pernah meninggalkan langit; juga pesis mawar yag segarnya tidak sirna selagi ia setia berada di tangkai dan pepohonannya..

Kerana, hati yang meninggalkan TUHAN-nya, tidak lain adalah umpama akar yang buruk dan reput. Ia mengeringkan batang, melayukan daun, dan membantutkan buah. Demikianlah iman yang menjauh dari hati; kesannya melemahkan amal bakti, menggugurkan akhlak terpuji, lalu mudah hanyut dengan pujuk rayu iblis yang dikeji.
Jika itu berlaku, mampukah kita menjejak syurgawi? Dan…buat kesekian kalinya, tanyakan persoalan ini ke dalam jiwa, tanpa menghuni syurga, masih adakah pertemuan bersama mereka yang tercinta?

Tepuk dada, tanyalah iman di dada…

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, In shaa ALLAH.