JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Resepi Pengat Keladi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Pengat Keladi. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2020

RESEPI PENGAT KELADI



Assallamualaikum kekawan semua 😍❤️
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊


Rajin benar hari ini nak masak pengat  keladi.. ini gara-gara kak rose blogger D'Pangkin Nenek tunjuk dalam Facebook makan pengat keladi πŸ˜…

Hari sabtu tu rajin ikut suami pergi pasar asnaf, sekali tu nampak cantiknya keladi, ambillah sebiji yg sederhana besarnya, dalam hati memang dah rancang nak buat pengat. Nampak pulak keledek unggu, anak2 suka bila dipanggang.

Jadi petang ini saya makan pengat keladi dgn encik suami sebab anak2 tak suka keladi. Tu yg kakak nabilah bakar aje keledek unggu Tu. Suka sangat mereka.

Resepi saya mudah aje, yg cepat dimakan😁

 

RESEPI PENGAT KELADI


Bahannya :
250 grm keladi ( 1 biji sederhana besar)
1/4 cawan sagu (direndam)
250ml santan (santan kotak pun boleh)
1 cawan air
1/4 cawan gula kasar
1 gula merah
Daun pandan
Secubit garam

Caranya :

1.  Masak gula merah dgn 1 cawan air. Bila dah masak tapis dan ketepikan.

2. Kemudian masukan satu cawan air , gula merah yg masak tadi , gula putih , secubit garam dan santan, kacau sebentar.

3. Kemudian masukan  sagu dan labu.

4. Apabila labu dah nak agak empok. Masukan simpulan daun pandan. Tunggu sehingga masak.

5. Kemudian rasa manis dan lemaknya. Jika secukup rasa dan bahan semua dah masak bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA 😍

Jumaat, 20 Januari 2017

PENGAT KELADI ... emm dapnya πŸ˜†πŸ˜Š

Salam petang yang ceria kekawan :)


Buat pengat keladi ni minggu sudah.. ini gara2 teringin nak makan bila hainom menunjukkan pengat keladi yg dibelinya.. kat sini susah sikit nak cari pengat keladi .. pengat pisang banyak lah atau pengat keledek.. jadi kawan sekolah ada tunjuk kat wasap siapa nak beli, sekilo RM5.00.. jadi saya beli sebijik jer.. takut makan seorang jer nanti.. 
Buat pengat ni pun saya buat setengah dan setengah nanti nak goreng.. rupa-rupanya budak2 ni pun makan juga pengat keladi ni.. sedap lah mama.. dah tu tak gatal pulak tu.. tu yg macam tak menyukup jer anak beranak makan hahhaa..


Saya punya resepi cukup mudah kekawan.. semuanya saya leburkan sekali dalam periuk tu hahha..
Jom lah tengok mana tahu jumpa pulak keladi weekend ni ye kak ton .. boleh belanja mami makan pengat keladi masakan kuih melayu ni hihihi

RESEPI PENGAT KELADI
Bahannya :-
- 1 biji keladi sederhana besar
- 1/2 cawan sagu direndam
- 250ml santan (santan kotak pun boleh)
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula kasar
- 1 ketul gula melaka
- daun pandan
- secubit garam

Caranya :-
1. Masukan satu cawan air, gula putih, gula melaka, santan dan kacau sebentar.
2. Kemudian masukan keladi, masak sehingga empuk, lepas tu masukkan sagu direndam tadi dan daun pandan, masukan juga secubit garam.
3.Kemudian rasa manis masin lemaknya, jika dah secukup rasa dan bahan semua dah masak , boleh lah dihidangkan.