JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Resepi Pes Tomyam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Pes Tomyam. Papar semua catatan

Khamis, 14 Ogos 2014

RESEPI PES TOMYAM HOMEMADE... Mudahnya...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat dan didalam kemanisan iman hendaknya...

Semalam ada kawan post resepi Pes Tomyam ni di FB.. Nanti nak cuba buatlah yg homemade ni kan.. terjamin kebersihan dan halalnya bahan-bahan yg digunakan.. tambahan hero dirumah tu memang suka tomyam.. tengok bahan-bahannya pun mudah..
Jom kekawan kita buat sendiri pes ni.. :)






RESEPI PES TOMYAM
Resepi : Cikgu Shaini

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam

Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.