JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Rezeki burung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezeki burung. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Oktober 2016

"Zah... Rezeki Ko Dah Dipatuk Dek Burung..." Kata Almarhumah Emak..😊☺

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barokah , semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Menarik post adik saya di wall FB nya.. jadi saya kongsikan disini..




Itulah sunatullah yg perlu setiap makhluk ciptaan Nya perlu berusaha untuk mencari rezeki seawal pagi.. 
Tengok bila kita keluar pagi untuk pergi kerja mencari rezeki.. burung-burung pun sama berterbangan mencari rezeki.. dengan kicauan merdunya.. bergembira... walaupun belum tahu apa rezekinya sehingga petang hari nanti..


Teringat pula adik saya , cakap arwah mak " Zah, Rezeki ko dah dipatuk dek burung"..
Adik saya # masa tu tak faham lagi.. sambil menggaru kepala :)

Selepas tu saya komen.. "tu lah lambat lagi keluar rumah.. siapa yg dulu dia yg dapat" 

Adik saya tu sebelum pergi kerja dia akan singgah dulu di rumah arwah mak untuk menyembang dahulu dan melihat mak.. adik saya ni kerja sendiri.. buka syarikat printing.. arwah mak selalu melahirkan kerisauan .. kesian uda tu.. kerja sendiri.. kena usaha lebih.. 
"Tak apa mak.. kata saya, Nabi s.a.w bersabda 9/10 rezeki adalah orang yang berniaga.. InsyaAllah.. Allah jua yg Maha Pemberi Rezeki.." Kata saya




sumber : Google

Teks penuh post adik saya seperti di bawah..



Allah SWT memberi rezeki kepada burung,
tetapi Dia tidak melemparkannya ke dalam
sarang burung.

...

Dia menetapkan  bahawa burung itu mesti
berusaha mencari rezekinya. Sebab itulah
setiap burung terbang keluar pada waktu
pagi untuk berikhtiar mencari rezekinya
dan pulang pada waktu petang dalam
keadaan perut kenyang. Inilah Sunnatullah.

...

Kita sebagai manusia juga tidak akan terlepas
dari sunnatullah ini. Jika kita ingin memperoleh
rezeki yang banyak, kita harus gigih berusaha.
Kita mesti bergerak aktif menjemput rezeki kita.

...

Teringat dekat arwah emak..
"Zah rezeki ko dah dipatuk dek burung"..
Masa tu tak faham lagi.. sambil garu2 pale..
:) :)😊😊