JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Rumah Iklim Empat Musim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Iklim Empat Musim. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2016

MELENJAN Selepas Habis EXAM UPSR..😆😄

Assalamuakaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari Sabtu 9 Oktober 2016.. berpakatlah pelajar tahun 6 ni utk gi melenjan bersama cikgunya utk meneroka Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam ni..Sepatutnya mereka berenam tapi seorang demam pulak.. 
Saya bagi jer mereka keluar bersama sebab tahun depan tak tahu masing2 dapat bersekolah dimana..

Pukul 9.00am baru cikgunya sampai.. jadi mereka bercadang utk menaiki basikal ajer meneroka didalam tu.. seronok kata najeeha.. dah lama tak naik basikal tapi yg tak larat bila jalan tu mendaki bukit.. hihihi..

Jom berhenti kejap kita main buaian dulu hihihi dan panjat tunggul pokok :D


Kuda ku lari gagah berani..Ayuh lariiiiii..
Tak ada mana nye  kuda tu nak berlari.. jom pusing2 udah lerrr..
dapat juga menunggang kuda disini hihihi..

Lepas tu mereka masuk rumah empat musim tu.. sekarang musim autum mama.. dah ada dah daun pokok tu berwarna warni.. kalau nak semua warna warni kekuningan emas atau perang ..mungkin november nanti kot.. Nak juga mama pergi anak oiii.. nak ke Pulau Nami Korea tu jauh pulak macam Lieya Latif tu hihihi

Suka pula saya tengok gambar mereka berlima ini.. cantik berlatar belakang musim luruh tu .. :)


Last sekali mereka naik rumah atas pokok katanya.. eloklah tu memanjat.. dulu masa mama kecik2 buat juga rumah atas pokok rambai.. uikss kemain tinggi rumah mama tau hihihi..

Mereka habis melenjan tu dekat pukul 1.30pm juga.. rupanya banyak juga makanan yg cikgu dia bawa.. siap bawa ayam goreng berempah dengan nasi kukus..
Saya masa tu balik kuang ada kenduri kahwin .. jadi saya suruh dia tinggal sekejap dirumah kawannya.. saya ambil najeeha pukul 3.00pm dan terus balik rumah.. gambar-gambar di saya ambil dari grup wasap tahun 6 .. ada khas grup mereka.. cikgu2 mereka yg post kan.. jadi adalah kenangan buat mereka..