Assalamualaikum kekawan...
Semoga berada dalam rahmat Allah, diberi kesihatan yg baik serta bahagia ceria selalu :)
Bila stok sambal belacan dah habis dalam freeze , mula lah saya membuat yg baru, en suami ni suka makan yg podeh.. jadi kalau ada hidangan pada hari tu tak ada yg podeh.. sambal belacan ni lah yg diregunya.. saya simpan dalam jar tu.. bolehlah tahan sebulan ehe :)
Pada ahad tu saya tak ada selera nak makan lauk yg terhidang tu.. lagi pun ada tapau lauk masa majlis hari raya taman di surau tu.. jadi anak2 makan lauk yg tapau tu ada kari daging, ayam masak kicap, satay ayam dan sayur campur.. untuk saya ialah kobis rebus cicah sambal belacan pergghhh lagi sedap :P
Saya buat sambal belacan ni ikut cara mak saya buat.. semua bahan-bahan tu dimasak.. pastu nak mudah mak saya letak cili merah dan tomato tu dalam nasi yg ditanak semasa kita nak keep warm tu.. ingat lagi masa kecik-kecik..mak suruh letak cepat dalam nasi tu jadi tomato dan cili merah tu macam dikukus lah kan.. bijak juga mak saya.. kebanyakan sambal belacan di restoran tu cili mereka blend mentah cam tu.. saya kalau ambil selalu sakit perut.. alah betul dengan cili hidup macam tu..
Jom intai cam na cara resepi Sambal belacan omak den ni :)
RESEPI SAMBAL BELACAN
Bahannya :-
- 1 biji tomato
- 2 biji cili merah
- 20 biji cili padi
- 1/4 belacan bulat
- garam
- Limau nipis
Caranya :-
- Goreng cili api sehingga masak sedikit, angkat, kemudian goreng pulak belacan sehingga wangi, angkat, ketepikan.
- Tomato dan cili merah tadi letakkan kedalam rice cooker yg keep warm tu selama 10 minit gitu. Apabila tengok cili merah dan tomato dah lembut boleh diangkat.
- Tumbuk cili api yg digoreng tadi hingga lumat, kemudian baru masukan cili merah, tumbuk lagi hingga lumat, lepas tu masukan belacan yg digoreng tadi, tumbuk lagi sehingga mesra.
- Akhir sekali baru masukan tomato, tumbuk sehingga mesra bersama bahan lain, kemudian letak sedikit garam, rasalah kemasinan yg kekawan hendak ye..
- Siap utk dihidang.. saya perahkan limau nipis tu masa nak makan tu..
Nota : saya simpan dalam jar.. bila nak makan sudukan letak dalam piring, jadi belacan tahan lama :D


