JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Sah Positive Covid 19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sah Positive Covid 19. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2021

DiSahkan Positive Covid 19

 Assallamualaikum kekawan semua 😍

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.



Pada Hari khamis 7.1.2021 pukul 5.30pm saya Dan Nabil diambil oleh ambulan utk dihantar ke hospital Sg Buloh. Pengalaman Kami berdua Naik ambulan. Sebelum ini lihat Di TV org dibawa positive Covid 19.. Hari ini Kami mengalami..😔

Perasaan saya pd mulanya mmg sedih.. sebab kita tak kemana-mana pun, tak ada lah pergi bercuti melancong ke.. tapi kena .. redha atas segalanya. Pada pagi saya dpt keputusan positive Covid 19, bagi tahu suami, dia pun terperanjat..  Lepas tu dia kata , ikutlah prosedur. 

Saya wasap kakak nabilah suruh packing barang2 mama dan Nabil. Nanti suruh bawa ke avisena sebab nak discaj Dan buat pembayaran.

Bagi tahu ahli keluarga adik beradik saya Di wasap group keluarga.. terkejut juga mereka.. saya juga ada balik kg buat tahlil tapi dah 14 Hari sudah. Saya kata siapa yg bergejala kena buat swab test Covid 19.


Perjalanan pun bermula, doktor Mathew yg incaj saya memberi kata-kata semangat kepada.. keep strong Yati.. l know U very strong 👍👍 think positive OK👍 saya kata Thanks for everything.. Bye👋👋 sehingga Kami berlalu pergi doktor melambai...

Sampai Di hospital sg buloh pukul 6.30am, saya Di tempatkan Di PKKN E-post DEWAN MAKAN katil 31.. Nabil pula Di ward 30 PKKN katil 3. Tempatnya berasingan.. risau juga, alhamdulillah syukur ada handphone menghubungi kami.

Semoga Kami berdua dikurniakan kesembuhan yg segera Dan kembali kepada keluarga tersayang.. 😍😘