JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Sambal tempoyak ikan bilis dengan jering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambal tempoyak ikan bilis dengan jering. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2015

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DENGAN JERING..

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..

Selalunya orang masak sambal tempoyak ikan bilis dgn petai.. tapi kali ni saya regu pulak dengan jering.. perghhh sedap jugak kekawan.. jering ni beli dari Tijah tu lah kan.. seperti entri saya semalam tu...

Tempoyak pula saya dapat dari Hawa.. 

Hawa yg baju hitam tudung pink tu.. tengok tangan masing2 dapat tempoyak dari Hawa..

Hasil pergi open house juga kerumah Hawa.. seronok kekawan yg tinggal di kampung ni kan.. keliling semua buah-buahan tempatan dan sayauran tempatan.. Tempoyak tu hawa buat dari buah duriannya sendiri.. ye lah masa musim tu kan puasa .. jadi kebanyakan buat tempoyak je lah kata Hawa.. Sedap tempoyak hawa buat ni.. terasa duriannya..
Saya rebus jering dalam rice cooker.. jimat sikit gas masak saya tu kan kekawan.. sekarang harga gas ni pun dah naik kan.. siap hantar rumah dan RM26 setong tu.. eehhh dah cerita gas masak pulak..  
Jom lah kekawan intai resepi mudah saya ni :)

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DGN JERING

Bahannya :-
  • 200gm ikan bilis
  • 10 biji jering (direbus hingga empuk, kemudian tumbuk seperti gambar diatas, potong 4)
  • 7 biji cili padi*
  • 2 biji cili merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup *(*dikisar)
  • 4 Sudu besar tempoyak
  • Sehelai daun kunyit 
  • Garam 
  • Sedikit air
Caranya :-
  1. Goreng sebentar ikan bilis, jangan garing sangat, lepas tu angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan pula cili kisar tadi sehingga wangi selepas tu masukan tempoyak, gaul bagi mesra.
  3. Kemudian masukan pulak air ikut suka ye nak pekat letak sikit jer air tu... lepas tu masukan ikan bilis, jering yg telah direbus dan garam.
  4. Apabila dah mendidih masukan daun kunyit yg dihiris dan rasakan garamnya.
  5. Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA ^__^