Perghhh memang berasap makan tengahari kami, bila saya masak sambal tempoyak petai ni... ni gara-gara en suami nampak petai di Pasar tani tu ari.. balik terus suruh saya buat sambal tempoyak ikan bilis ni....
Mengeruk nasik dalam periuk lagi bila regu kena dengan selera en suami ni... petai pun elok cantik bulat-bulat matanya.... berderap derup makan tu... aduhhhh mengesat peluh didahi punya sedapnya..
RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
Bahannya :-
- 200gm ikan bilis
- 2 Papan petai
- 20 biji cili padi*
- 1/2 inci kunyit hidup *(*dikisar)
- 4 Sudu besar tempoyak
- Sehelai daun kunyit
- Garam
- Sedikit air
Caranya :-
- Goreng sebentar ikan bilis, jangan garing sangat, lepas tu angkat dan ketepikan.
- Tumiskan pula cili kisar tadi sehingga wangi selepas tu masukan tempoyak, gaul bagi mesra.
- Kemudian masukan pulak air ikut suka ye nak pekat letak sikit jer air tu... lepas tu masukan ikan bilis, petai dan garam.
- Apabila dah mendidih masukan daun kunyit yg dihiris dan rasakan garamnya.
- Siap untuk dihidang.


