JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Satay Daging Burung Unta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Satay Daging Burung Unta. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2016

Part 2 :: JOM NAIK BURUNG UNTAπŸ˜†πŸ˜„πŸ˜€ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Part ini yg ditunggu sangat oleh Nabil, iaitu menaiki burung unta, sebelum naik burung unta ni kena tutup dulu matanya, nanti dia lari laju dan susah nak kawal hahaha.. 3 kali pusingan dibawa menaiki burung unta.. nabil tergelak-gelak je menaikinya.. melompat-lompat mama katanya..

Selepas tu kak Nabilah pula nak mencuba, tengok Nabil elok jer tergelak-gelak diatas burung unta ni..

Najeeha ni masih cuak dan takut juga nak menaikinya.. pada hal dah tengok Nabil dan Kak Nabilah naik tergelak dan tersenyum riang hahahha.. sama macam mama juga .. ada sikit seram hahahha :D

Sebelum menaiki burung unta ni ada show burung unta tu.. tapi saya tak sempat nak ambil gambar.. apa taknya sambil tengok show tu makan aiskrim, mana nak mengambil gambar.. ada pertanding lumba lari dengan burung unta , suruh nabil masuk berlari sama tak nak pulak dia.. masa kami disitu ada satu group dari Singapore.. chinese kan.. dorang suka jer explore semua ni.. sakan dorang mencuba :D

Lepas tu mencuba memijak telur burung unta ni.. kemain besar lagi kan.. yang naik atas tu saya, encik suami dan Kak Nabilah jer , Nabil dan Najeeha pakai kasut jadi malas dia nak membuka kasut tu, jadi bergambar jer lah dengan telur burung tu jer :)


Selepas tu mereka paling suka tempat ni, memberi ikan koi makan dengan botol susu.. seronok tengok anak ikan tu berebut-rebut menyusu hahhaha

Banyak juga tempat yg budak-budak ni explore sendiri, saya dah tak larat nak berjalan, lupa pulak nak memberi handphone pada kak Nabilah untuk bergambar.. berbagai haiwan yg ada disini..


Saya duduk sambil menunggu satay burung unta ni.. nak juga merasa.. tak ingat pula berapa harganya secucuk, gambar pun saya tak sempat ambil.. ada juga burger burung unta dan boleh juga menikmati telur dadar burung unta tu..
Hampir setengahari juga kami disini.. seronok mereka dapat bermain dengan burung unta ni.. lepas ni tak adalah sibuk si Nabil untuk mengajak saya ke sini lagi :)
Pergilah kekawan jika ada kesempatan ke PD ni :)