Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)
Apa khabarlah MH370 dah 11 hari berlalu, namun perkhabarannya tidak kunjung tiba.. setiap waktu menanti berita... walaupun tidak ada kaum keluarga yg terlibat ... fikiran ini terus berfikir...
Ya Allah ungkailah kekusutan kami ini...
Mohon pertunjuk dari Mu ya Allah...
Ini sayur dinner semalam... saya bila masak dua menu sudah cukup untuk weekdays ni... goreng ikan sambal berlado dan sayur.. untuk semalam saya masak sayur park choy... anak-anak lebih suka sayur ni dari sayur sawi... sawi memang tak adalah dalam stok saya sebab en suami pun tak suka sayur sawi...
Selalunya saya masak park choy ni dengan telur taufa tu.. hari ni tukar selera dengan sotong pulak.. pastu sotong tu buat munge-munge.. anak dara dua orang tu suka menolong buat munge-munge tu hehe :)
Jom intai resepi mudah saya ni...
RESEPI PARK CHOY GORENG SOTONG
Bahannya :-
- 1 ikat sayur park choy ( hanya batangnya di potong memanjang, biarkan sayur tu sehelai camtu)
- 5 ekor sotong di potong tepinya (garamkan)
- 1 labu bawang besar dihiris
- 2 labu bawang putih dihiris
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 cawan air
- garam
Caranya :-
- Panaskan minyak dan goreng sebentar sotong, kemudian angkat, ini utk sotong tidak liat.
- Kemudian tumis pula bahan hiris hingga wang, selepas tu masukan sos tiram dan air.
- Masukan pula sayur park choy, kacau sehingga sayur lembut, kemudian baru dimasukan sotong tadi, kacau mesra dan terus angkat.
- Siap dihidang bersama nasi panas .... emmm dapnya :)
