Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan di kurniakan kesihatan yg baik..
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin..
Dah masuk 5 syawal ye kekawan.. saya dah mula kerja hari ini.. sebab ambil cuti awal pada hari khamis lepas. Petang khami lepas ambil anak2 sekolah halfday sebab ambil report card sekolah . Pukul 3.00pm kami gerak balik kg en suami.. jalan clear sungguh.. kul 4.30pm dah smpi.. sebelum tu singgah bazar ramadhan di Gemencheh sbb balik tak bagi tahu FIL.. tentu juadah berbuka tiada utk bhgn kami 😆😊 so pandai belikan..
Balik solat raya tu acara bermaaf-maafan dan bergambar keluarga dah semestinya. Tahun ni baju raya sedondon kami warna biru.. pilihan nabil yg suka sgt warna biru 😊😍😘
Pastu gambar satu keluarga besar FIL ni.. tahun ni kak long beraya di Sempurno Sabah dan Alin beraya di Kuching Sarawak rumah mertua memasing. Saya sejak arwah abah dan mak tiada.. raya setiap tahun disini lah .. menumpang kasih keluarga mertua..😊😘😍
Lepas tu gerak balik kg chohong.. tempat pertama dituju ialah pusara MIL pula dan juga pusara saudara mara yg telah pergi meninggalkan kita. Alfatihah.
Pastu terus gi rumah Pak Itam.. ramai dah ada disana.. keluarga pak uda.. pak cik.. mak andak dan mak ngah.. apa lagi bergambarlah beramai-ramai disana..😊😍
Pergi pula beraya ke rumah Mak Ucu Bibah.. motif bergambar di tangga ni sbb tangga org Melaka kan cantik.. tapi bila semua dah duduk ditangga tu.. dah tak nampak kecantikan tangga tu 😂😆😙
Masih lagi bergambar dirumah mak ucu bibah tu.. masa tu mood bergambar masih ada.. masa sampai rumah mak andak dah tak bergambar. Memasing dah kepenatan dan kekenyangan 😆😅😂😚😍
Macam mana raya kekawan.. tentu meriahkan 😍😘😙






