Assalamualaikum kekawan.. salam Jumaat yg barakah..
Semoga hari ini kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat sejahtera..
![]() |
| Hari pertama abah di hospital di wad pemerhatian.. |
Dua hari ni saya menjaga abah saya yg demam jangkitan kuman diparu-paru.. Sebelum ni abah dah demam tapi on off jer demam nya.. pada hari rabu 24 dis pagi tu nak pergi kerja.. dapat call dari mak.. kata demam abah semakin teruk.. jadi saya terus balik Kuang.. risau juga hati ni.. sampai rumah tengok abah dah tak berdaya sangat.. cakap dgn adik kita hantar abah ke hospital jer lah.. Saya dan adik pun bawa ke hospital terus ke wad kecemasan..
Memang abah dah down.. gula turun 3.7, tekanan darah rendah, oksigen pun kurang jadi tak boleh bernafas secara normal..
![]() |
| Malam tu abah dah naik ke wad .. tido |
Pukul 9.30am doktor datang .. periksa abah.. doktor kata buat x ray paru-paru.. jadi keputusan nya paru-paru dijangkiti kuman.. pukul 10 malam baru wad ada kosong.. sepatutnya abah masuk wad kelas 1 tapi keadaan abah yg perlu pemerhatian jadi letak abah kelas 3 depan kaunter.. dekat dengan doktor dan nurse..
Pada hari kedua tu abah dah semakin baik demamnya dan tak meracau-racau seperti hari pertama.. Alhamdulillah.. petang tu saya suapkan dia makan .. banyak juga dia makan bubur nasi tu.. memang kena pujuk abah tu.. sekarang ni saya kerja jadi kak andak saya jaga di hospital tu.. dari pagi kak andak pujuk suruh makan.. dia tak mahu.. kata nak balik rumah .. nak pergi sembahyang Jumaat ni.. huhuhu.. aduh sedih pulak saya :(
Kak andak whatsapp gambar abah yg sedang merajuk.. nak balik.. muncung jer kata kak andak.. pujuk makan tak hendak .. kata nak solat nanti lepas solat baru makan.. Semalam saya pujuk dia makan dulu bila dah sihat cepat .. boleh keluar.. lepas tu baru pergi masjid.. kita solat ye.. Saya suruh kak andak cakap macam tu pada abah.. tapi abah tetap merajuk pastu dia nangis huhuhu :(
Camne ni wasap kak andak.. saya kat ofis ni pun tak senang hati dibuatnya..
Ya Allah.. sembuhkan lah abah ku .. semoga abahku dapat beribadah kepada Mu dengan sempurna..
Ya Allah wahai yg Paling Mengasihani daripada segala yg mengasihani, dengan rahmat Mu kami meminta pertolongan ya Allah ya Rahman ya Rahim agar engkau menguatkan kami dengan kekuatan Engkau ya Allah dan berikan pertolongan dengan pertolongan Engkau ya Rahman dan berilah `afiat kepada abah kami dengan `afiat Engkau dengan rahmat Engkau ya Allah wahai yang paling Mengasihani daripada segala yg mengasihani. Aamiin.



