Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita beroleh rahmat Ilahi di pagi Jumaat yg barakah serta dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Semalam selepas solat tarawih diadakan pameran barangan dan rambut Nabi s.a.w di Masjid Negeri Shah Alam, siapa yg hendak tengok tunggu lah sampai habis solat tarawih tu.. barangan tersebut diletakan diatas meja yg warna biru, boleh tengok dan pegang lagi..
Jadi mereka berempat tu tak sabar nak melihat ni.. termasuk sepupu mereka Qaseh, malam ni boleh jumpa solat tarawih.. selalu pergi solat tarawih tak jumpa :)
Punya panjang barisan utk sampai ke meja pameran tu.. bersabar mereka menanti :)
Semasa beratur ni mereka telah mula berselawat ke atas Nabi s.a.w...
Indah dan merdu jer alunan tersebut.. bertambah rindu pula pada Nabi s.a.w..
Yeah mereka sudah sampai di meja pertama.. iaitu helaian rambut Nabi s.a.w. , terpegun Nabil melihat bila disentuh katanya wangi sangat.. :)
Mak ngah dapat meletak tangan di replika tapak kaki Nabi s.a.w, mereka semua dapat menyentuhnya, gembira sungguh mereka, cerita mereka anak auntie tu siap suruh babynya cium hihihi..
Yang ini mereka kata cebisan jubah, serban yang Nabi punya tu dan kain kabah masa zaman Nabi..
Yang dalam pasu kecil ni tak pasti apa , lupa pulak mereka kata malam tadi .. nampak benor emaknya dah kilau emas hihihi..
Dapat tangan kakak Nabilah jer tengah menghulur untuk memegang replika tapak kaki Nabi tu..
Saya uzur :(
jadi tak dapat lah untuk turut serta dengan mereka..
Hanya melihat di TV besar yg disediakan di bawah ..
Kata mereka barangan itu akan disedekah di Pusat Kesenian Islam Shah Alam tu.. Jika nak pergi menengok boleh lah kesana tapi tak merasa lah nak memegangnya hanya tengok dari luar cermin..
Hampir pukul 12.30 malam kami tiba dirumah..








