JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Soto Ayam Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soto Ayam Kampung. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2014

SOTO AYAM MUDAH.... emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan.. 
Salam petang yg ceria :)

Tahun ni menu utama soto ayam kampung yg sedap..

Siap dihidang utk tetamu yg datang..biasanya pada hari raya pertama kami menunggu saudara mara yg datang hingga ke malam.. hari raya ke dua baru kami keluar beraya hingga kemalam pulak ehe.. :D
Tapi tahun ni abah tak berapa sihat.. kesian juga tengok abah kepenatan berjalan raya.. singgah raya pun sekejap2 jer sebab abah macam tak selesa .. nak balik rumah ajer yg keluar dari bibirnya..

Ini kerja abang ipar saya .. suami kak Ateh yg pakai baju biru tu.. raya pertama tu ada kami 4 orang anak perempuan mak , yg 2 raya rumah mertua.. Kak Andak saya yg pakai baju kelabu tu.. dialah yg masak Soto Ayam Kampung sedap ni.. tapi soto ni tak sempat nak buat begedil..
Jom intai resepi yg mudah ini.. kalau kekawan nak buat open house boleh tambah sukatannya.. kami buat masa tu 6 ekor ayam kampung.. 



RESEPI SOTO AYAM KAMPUNG 

(hidangan utk 6 orang)

Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih   
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai - ketuk

Caranya Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.  


Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi


Cara-caranya
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau
3. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit atau lontong
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Bihun direbus
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang

Cara Menghidang
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan bihun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan  sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)