JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Sup Telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup Telur. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2013

Janji perut kenyang .... tak pe lauk simple ^____^

Assalamualaikum kekawan.. Jumaat yg berakah utk semua :)

Bila weekdays dan balik lewat memang terkejar-kejarlah nak memasakan ... itulah yg terjadi dengan saya semalam... 
"apa nak masak ye Nabil yg cepat "kata saya pada nabil... 
"apa kata mama buat sup telur.. dah lama mama tak masak" sarannya pada saya....
"okey set memang cepat tu" jawab saya...

Maka jadilah "Sup Telur Kobis Bunga"
Tadaaaa.....


Inilah lauk simple yg mengenyangkan kami tiga beranak... tambah sambal ikan bilis kentang tu ada lagi , tulah yg saya perangatkan... bertambah mereka dua beranak makan... blurrppp "My tummy is full" kata nabil hehehe


Saya suka kuningnya yg oren dan putihnya kelembutan... kak noor kata telur rebus pecah... cara saya senang ajer.. apabila air dah mendidih betul terus pecahkan telur dan tutup api dapur, biar dia masak dengan kepanasan yg sedia ada tu jer...

Jom kita tengok resepi yg simple dimple ini... trade mark dia "janji perut kenyang ... bluurrrpp " hahaha

RESEPI SUP TELUR 

Bahannya :-
  • 4 biji telur 
  • Bunga kobis (ikut suka anda ye saya letak semangkuk kecil)
  • 1/2 inci halia*
  • 2 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih * (*dihiris halus)
  • 3 gelas air (ikut keperluan)
  • 1/4 kiub ayam
  • Daun Sup
  • Garam
Caranya :-

  1. Tumis bahan hiris hingga wangi, kemudian masukkan air, selepas air mendidih masukan kuib, garam dan bunga kobis.
  2. Apabila bunga kobis dah separu masak angkat ke manggkuk, besarkan api dapur, biar air mendidih  sangat, pecahkan semua telur dan tutup api.
  3. Kemudian masukan semula bunga kobis dan daun sup, rasa kemasinan, jika cukup masinnya.. biarkan saja telur tu masak dengan kepanasan yg tiada api dapur tu..
  4. Siap untuk dihidang bersama nasi putih dan sambal tumis..