JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Syawalkan sebulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syawalkan sebulan. Papar semua catatan

Khamis, 20 Julai 2017

SYAWAL KAN SEBULAN 😆😅😍😙

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Jom lah random gambar raya lagi.. syawalkan sebulan hihihi😆😍

Hari Jumaat 14.7.2017.. majlis hari raya divisyen saya. Tema adalah negero Johor.. kena lah baju raya sedondon biru merah.. dgn menu mengikut hidangan negeri Johor.. maka jadilah menu kacang pool haji johor baharu. mee bandung muor.. lontong kluang, satay batu pahat.. macam kuih muih dari Johor juga.. tak sempat nak ambil gambar semua tu.. dah tuan rumah sibuk melayan tetamu dan menjaga hidangan juga.. utk ditambah...
Penat sampai ke petang weyyy..

Hari sabtu.. jalan raya lagi.. ke open house kawan sekolah yg skrg bergelar usahawan ternakan jaya.. menu istimewa apa lagi.. kambing bakar lah 😄

Yang baju ungu tu lah tuan rumah.. Fatonah si usahawan yg berjaya.. sempat jumpa shidah aje disitu.. lepas ni nak ke utara.. konon nak singgah satu rumah lagi di Kuala Kubu Baharu tapi tak sempat.. terus menuju ke Ipoh.

Ke Ipoh ni open house rumah boss en suami .. yg tudung fefel tu isteri nya yg sangat peramah.. idok lah teman malu weyyy.. 
Cantik sungguh rumah kayu perak tu kan.. berkenan teman tengok.. takat tengok jer lah yong..

Lemang nya ada jagung.. perghhh sedap sungguh.. makan pulak dgn rendang tok.. yg nabil pulak dah terjah char kuey teow.. mmg kesukaan dia lah kan. 

Pastu rumahnya dekat pulak dengan thema park MAPS ni.. dah beroperasi separuh.. keseluruhannya mungkin hujung tahun nanti. Singgah bergambar lah dulu ye nabil.. cuti sekolah nanti kita terjah ye😂😆

Hari Ahad .. pagi kami dah pergi rumah kawan en suami yg temanya sarapan raya hihi.. sukalah saya tak payah nak buat sarapan kan.. tak sempat 0ulak nak ambil gambar sebab sibuk sarapan katanya.. di mulakan dgn nasi lemak.. pastu jumpa pulak lempeng.. pastu sambung dgn lontong pulak.. kenyang kami anak beranak..😆😊 Alhamdulillah..

Lepas tu terus pulak menuju ke Kuang sambutan hari raya Sek. Rendah Kuang bertempat di rumah Datin Norasyikin ni.. seronok dpt jumpa kekawan sekolah rendah ni dan satu kampung kan.. mengimbau zaman kecik masa sekolah.. riuh rendah dgn gelak tawa.. itu pun saya tak dpt jumpa ramai lagi.. pukul 3pm dah balik sebab nak hantar anak2 balik asrama pulak. Ramai lagi kawan2 yg dtg.. majlis berakhir 6pm.

Dah rumah datin2 ni.. mesti ada pool kan.. apa lagi nabil dan anak2 kwn lain pun sakan bermandi manda.. yg datin syikin ni sporting sungguh... biar dorang mandi.. kita boleh sembang2.. dan berkaraoke katanya.. saya mana reti menyanyi.. tengok jer lah.. bagi support pd yg suka menyanyi ni..


Datuk dan Datin juga berduet berkaraoke.. nyanyi lagu selamat hari raya.. sporting mereka berdua ni.. yg datuk ni sebaya kakak saya.. datin syikin sebaya saya.. kawan2 sama sekolah rendah jugak.. jodoh tidak jauh.. kata orang tu.. 😍😙

Tu lah cerita minggu sudah raya saya.. gantung periuk kuali kan.. minggu ni pun dah byk jemputan jugak.. tambahan minggu last syawal kan.. hihi.😆😅