Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)
"Akak menantu orang Muar je " ^__^ FIL akak orang Muar, Sg Mati hahahaha..
Hari tu balik kampung en suami mengajak jalan2 di Muar ke Tanjung Emas.. tapi sayang musim hujan.. tengok tu ambil gambar pun dari dalam kereta jer gambar buah durian tu tanda dah sampai Muar tu..
Hainom .. mak Muar kat mana ye ?
Jadi dalam hujan2 tu kami anak beranak berlari-lari lah ke medan selera di Tanjung Emas tu.. Dalam menunggu adik ipar pergi solat asar , en suami menggamit memori pulak dengan mee sanggul/siput goreng bersos ini. En suami kata dulu2 itu lah jajan masa sekolah *__*
Merenung jauh Nabil Sg Muar tu.. kekonon en suami hendak mengulangi memori menaiki bot menyelusuri Sg Muar ni tapi sayang tutup pula dan hari hujan.. ada juga en suami bercerita dia menaiki River Cruising ini hingga ke suatu tempat.. tapi saya dah lupa pulak hahhaha.. sebenarnya hampa tak dapat naik bot tu.. tu yg bila en suami cerita macam dengar tak dengar ajer.. T__T
Jadi kami hanya pusing-pusing jalan di Bandar Muar tu.. adalah tengok istana hinggap Sultan Johor tu.. tak ambil gambar pun sebab hari hujan dan jalan2 tu pun dalam kereta jer pun.. Ambil gambar dari jambatan sungai Muar ni pun nampak rintik-rintik hujan dicermin.. kalau tidak tentu cantik permandangan waktu senja tu :)
Konon kat sana nak pekena Mee Bandung Muar tapi orang ramai sangat.. adalah gambar sultan Johor pun makan di gerainya itu.. patutlah penuh, jadi kami tak jadilah nak makan disitu .. penyudahnya balik semula ke Jalur.. adik2 ipar saya yg singgah cari mee bandung ditempat lain yg terkenal juga di Muar tu..
Ingat tak entri saya di SINI ada buat mee bandung menggunakan pes dari Muar tu lah.. tapi beli kat adik di ofis ni.. dia orang muar.. bapanya buat pes dan jual , jadi saya beli 2 pes tu. Masa kawan saya nak datang tu saya buat lah mee bandung muar ni..
Dengan menggunakan periuk Noxxa ni cepat lah saya memasak tulang daging tu.. 25 minit siap sudah..
Jom intai step menggunakan noxxa ni..
MEE BANDUNG BY NOXXA
Bahan untuk Kuah :-
- 300 gram daging dan tulang - potong nipis-nipis rebus bersama 3 mangkuk air
- 4 biji telur
- 1 ikat sawi
- 1 peket fishball - dipotong dua
- 1 peket fishcat - dipotong nipis
- 3 biji tauhu - dipotong
- Garam
Caranya :-
- Masukan 3 mangkuk air kedalam periuk noxxa, kemudian tekan butang stirfry , tunggu hingga air mendidih baru masuk kan daging bagi MEMATIKAN darah daging tu. (Jangan masuk daging bersama-sama utk rebus kerana kita memasak sama daging dgn darahnya.)
- Apabila sudah elok daging tu direbus sebentar, off kan semula, kemudian tekan pula PRESSURE selama 35 minit , pusing kan tombol diatas periuk itu ke Pressure dan tekan butang Onn/Off tu. Tunggu sehingga bif berbunyi. Lepas tu lepaskan wap nya. Nanti secara atomatik dia bertukr kepada warm.
- Kemudian masukan pes kedalam periuk bersama , fishball dan fishcat , tukar pula kepada stirfry kacau hingga mendidih.
- Kemudian pecahkan telur sebiji-sebiji ( seeloknya pecahkan dalam mangkuk yg lain baru di tuang kedalam periuk, takut nanti terkena telur yg busuk kan)
- Perlahankan api tunggu sehingga telur masak, kemudian masukan sayur sawi dan tauhu yg dipotong-potong (saya masukan sekali dalam kuah, kalau kekawan nak celur letak asing pun boleh)
- Rasa garamnya, jika kuah pekat sangat boleh ditambah sedikit air. Bila dah masak tekan butang on/off, kemudian tekan butang warm. Biarkan sehingga nak dihidang nanti.
Bahan utk hidangan :-
- 2 bungkus mee kunig - di celur sekejap
- daun sup - dihiris
- cili merah - dihiris (boleh juga dihidang dengan cili hijau jeruk)
- Limau kasturi
- Bawang goreng
(kalau kekawan tak ada pes boleh intai resepi di entri ini Mee Bandung Muar Sedap )
Memang sedap pes yg kawan saya jual ni.. terasa makan mee bandung dari muar tu hehehe..
Tu yg keluar dari mulut isteri kawan saya tu masa nak balik ..
"akak orang Muar ke? sedap sungguh mee bandung akak buat tu" tanya nya..
" ehh tak lah dik.. akak guna pes yg akak beli dari adik kat ofis yg kebetulan dari muar" jawab saya ~__^
Saya regukan dengan mee watan.. lagilah terasa halus dan lembutnya bila memakan.. anak2 pun suka, saya tengok memang sedap jer mereka makan sambal menambah.. :)






