JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah zohor ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah zohor ramadhan. Papar semua catatan

Rabu, 8 Jun 2016

MUNGKIN KAH.... Back to normal 😆 ~__^

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Mungkin kah .. kembali seperti puasa tahun lepas.. 
Beli aja di bazar ramadhan seperti kakzakie ..
Berbuka dirumah sahaja.. lebih selesa..
Ternyata anak2 saya tidak sesuai utk berbuka puasa di masjid kot..
seperti yg saya cerita pada hari pertama kami berbuka di masjid disini..berbuka puasa di masjid
Tapi anak saya tak boleh pula dgn org yg ramai..
berpusu-pusu didalam tu..
Pada hari itu selepas berbuka kurma dan air terus solat maghrib..
Lepas tu abahnya berjanji dengan nabil tunggu disini selepas solat..
Boleh makan nasi pula..
tapi hilang entah kemana..
Puas mencarinya.. rupanya nabil pun mencari kami..
Kesian dia kepenatan dan kelaparan lah..
Jadi en suami kata semalam..
Hari ini tak payah berbuka puasa di masjid..
bila hari cuti boleh kot..
tak terkejar-kejar..
Jadi semalam saya singgah ke pasar malam hari selasa tu..

Balik mandi dan solat asar.. terus sambung tadarus.. 
Sampai pukul 7pm baru kami berhenti..
Alhamdulillah dah habis juz 4.. sekarang sambung juz 5 surah An-nisa'.. inshaAllah boleh khatam 20 hari berpuasa, itulah azam kami utk tahun ini.. bagi sepuluh malam terakhir.. untuk tumpuan pada qiamulail.. dan menghabiskan tafsir quran pula..
Semoga dipermudahkan..


Inilah iftar semalam.. beli utk makan berbuka puasa sahaja.. takut membazir..
Kak Nabilah di madrasahnya ada sedekah Nasi beriyani ayam, jadi dia beli dadih jagung saja, bubur lambuk dia ambil di masjid dan bubur jagung tu moreh semalam..
Nabil pula nak makan kambing bakar, lepas tu saya buatkan coselow sebab orang tu jual semata kambing bakar, dadih dan kuih tepung pelita..
Najeeha pula nak makan nasi tamato dan ayam masak merah serta dadih honeydew..

Saya pula makan mee hoon sup tu ajer  dan air katirah..
En suami kata nak roti john dan bubur lambuk..
Bubur tu dia ambil kat masjid negeri.. suruh dropby nabilah kat situ.. sebab abah nak dua.. satu makan masa berbuka dan satu masa sahur.. seorang boleh ambil satu ajer :D
Nabilah kata.. suami siapa lah ni.. bijak sungguh :P
Saya kata Abah nabilah yg bijak tu :P..

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan .. sekejap jer masa berlalu..

Tazkirah zohor semalam dari GM Audit..

Pakej dalam berpuasa

1. Pakej zero - iaitu puasa awam yg menahan dari makan dan minum serta meninggalkan apa yg membatalkan puasa.

2. Pakej Tahan - menahan mata, lidah dan telinga dari perkara yg membatalkan pahala.

3. Pakej nilai tambah - iaitu solat berjemaah setiap waktu, qiamulail, tadarus dan berbuat kebaikan.

4. Pakej kongsi - apa jua amalan yg didapati dikongsi bersama, seperti ilmu.





Selasa, 7 Jun 2016

BERBUKA PUASA DI MASJID.. pengalaman pertama kali ^__^ 😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya :)

Pengalaman kami sekeluarga berbuka dimasjid negeri ini.. seawal pukul 6.15pm kami telah pergi ke masjid negeri shah alam tu.. banyak sungguh pertanyaan Nabil..
Mula-mula dia bagi makan kurma aje ke mama..
Tak ada sedia kan nasi ke hahhaha
Tekak kampung mestilah nak nasi..
Entahlah mama pun baru pertama kali juga ni..
Rupanya disediakan seperti ini nasi dalam bekas plastik beserta lauk yg diletakan dalam plastik.. semalam lauk gulai ayam, sayur kobis, telur masin, goreng tempeh. Kuih pula karipap dan kurma 3biji serta buah tembikai susu, air panas kopi 0 dan air mineral.
Alhamdulillah .. begitu juadah nya.. :)

Sementara menunggu waktu berbuka, kami menyambung semula tadarus kami.. Alhamdulillah masuk juz 3 habis surah al baqarah.. InshaAllah usaha untuk khatam 30 juz sebelum habis ramadhan ni terlaksana.. bergilir tiga orang jer tadarus, saya , nabilah dan najeeha.. En suami dan nabil grup lain hehehe..

Dalam bulan puasa ni ada kuliah zohor, semalam dimulakan oleh CEO.. nak kongsi sedikit tazkirahnya yg sangat bermakna..

3 golongan manusia yg Allah tidak pandang masa malam lailatul qadar ialah :-

1. Mereka yang sentiasa melakukan dosa besar walaupun dibulan ramadhan dan sedikit untuk bertaubat.

2. Mereka yang menderhaka kepada ke ibu bapa.

3. Orang yang memutuskan siratulrahim sesama saudara dan muslim.

Semoga kita bukan diantara 3 golongan manusia diatas ye kekawan.

Selamat berpuasa kekawan :)