Assalamualaikum kekawan....
Petang semalam balik dah lewat baru sampai rumah monday blues tu dari pagi sampai petang ... sampai rumah dah pukul 6.50pm.. sekarang ni maghrib awal pukul 7.08pm dah masuk waktukan... letak beg terus bergegas ke dapur... fikir pulak apa lauk ekpress nak masak hehehe
Petang masa ambik Nabil di tadika, dia dah mengadu badan dia panas, saya rasa memang dedar sikit... lepas maghrib bagi dia makan nasi lauk telur goreng kicap kegemaran dia tu, bertambah dua kali nasi dia makan... selera jugak tu... lepas sembahyang isyak sendiri tu abah dia bagi makan ubat... terus terlena....
Saya letak tuala basah dikepalanya bagi kurang panas, memang itu yg diminta olehnya... pagi tadi bangun dah tak demam tapi bekalkan juga ubat ke tadika takut disana dia demam balik...
Nak tempek jugak ke resepi telur goreng kicap soon ni... ehe... mudah jer kan... tak pe lah letak juga utk rujukan anak dara saya nanti...
RESEPI TELUR GORENG KICAP SOON
Bahannya :-
- 5 biji telur (kami 5 beranak kan :D)
- 1 biji bawang besar(dimayang)
- 1 ulas bawang putih(dimayang)
- 2 biji cili hijau
- 3 genggam soon(rendam sekejap)
- 1 biji bunga lawang, pelaga, dan 1 cm kulit kayu manis
- kicap
- garam
- air
Caranya :-
- Goreng telur satu persatu , letakan ketepikan
- Tumis bawang merah,putih, cili hijau dan rempah sekawan tu sehingga wangi.
- Kemudian letakan kicap dan air, kacau sekata, lepas tu masukan soon, rasa garamnya.
- Selepas tu baru dimasukan telur goreng tadi. Gaulkan sedikit.
- Siap untuk dihidang...



