JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Terus Istiqomah Jalan Ketaatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terus Istiqomah Jalan Ketaatan. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2016

Syawal Days 10 :: SEMOGA KITA TERUS ISTIQOMAH ATAS JALAN KETAATAN..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Muhasabah Diri...

Rumah terbuka kawan²/saudara mara lebih dari 10 buah rumah sehari boleh datang, jauh tidak jadi halangan, TETAPI rumah terbuka Allah (masjid/surau) 5 kali sahaja belum tentu boleh datang walaupun dekat.

Kalau tak pergi rumah terbuka kawan/saudara mara takut nanti mereka marah, TETAPI tak pernah fikir pula tentang marah Allah.

Bulan Ramadhan tiap-tiap hari boleh dtng surau dan masjid,bila dah raya batang hidung entah ke mana!

*YA ALLAH, KURNIAKANLAH ISTIQAMAH KEPADA KAMI DI ATAS JALAN KETAATAN.*

Sesungguhnya Ramadhan telah berakhir. Namun pelbagai amal soleh tetap kekal sepanjang tahun.

Apabila Ramadhan berakhir, mudah-mudahan amal soleh kita akan terus berkekalan sepanjang hidup kita.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Peringatan untuk kita semua :

1) *Peliharalah Solat Fardhu* agar didirikan pada awal waktu dan dilaksanakan secara berjamaah di masjid atau surau.

2) Lazimilah *Solat Sunat Rawatib.*

3) Berusahalah untuk istiqamah mendirikan *Solat Sunat Witir.*

4) Sentiasalah berusaha untuk konsisten mengamalkan *Zikir Pagi dan Petang.*

5) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk *mendirikan qiyamullail.*

6) Teruskanlah memperbanyakkan *sedekah dan perasan belas ihsan* kepada insan-insan yang memerlukan.

7) Jangan lupa untuk melaksanakan *Puasa Sunat Enam Syawwal.*

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam:

_"Sesiapa yang telah menyempurnakan Puasa Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan Puasa Sunat Enam Syawwal, seolah-olah dia telah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang tahun"._

Hadith riwayat al-Imam Muslim rahimahullah.

*"Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah di atas jalan ketaatan kepada-Mu sepanjang hayat*

Sumber : WhatsApp