JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Tomyam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tomyam. Papar semua catatan

Rabu, 18 November 2015

PENGGANTI MEE MAGGIE ..... eemmm Lebih Sedap

Sudah lama mee maggie tidak masuk ke rumah saya.. en suami telah berjumpa pengganti mee maggie itu dengan An Nur Mee Wantan dengan perisa yg sama seperti mee maggie.. Ada perisa ayam,kari dan tomyam. Kami beli ketiga-tiga perisa itu kerana Nabil suka perisa ayam, Nabilah pula suka kari dan Najeeha suka tomyam.. kami suami isteri makan jer apa ada..
En suami kata bila kita nak tolong orang Melayu kita yg ternyata lebih halal dan bersih.
Dulu masa saya beli satu peket tu RM5.50 ada lima keping mee wantan dalam tu.. Sekarang ni apabila barang semakin naik, harga pun dah meningkat RM7.00 dengan kuantiti yg sama banyak tapi saya tengok mee dia semakin besar sikit.


Ini Nabil punya mee wantan ayam.. Nabil ni suka rasa pedas sikit.. tu saya letak cili benggala tu.. Kak Nabilah Mee Wantan Kari dan Najeeha mee wantan tomyam.. lupa pula nak ambil gambarnya..
Saya makan sama macam Nabil mee wantan ayam..

Cara nak memasaknya sama dengan mee maggie.. masa tu rumah saya tak ada stok sayur jadi togel jer lah.. saya suka letak sayur bayam dalam mee wantan ayam ni.. kalau mee wantan tomyam sedap letak kobis bunga dan karot.. kak nabilah pula suka letak kangkung atau taugeh dalam mee wantan kari tu..

Saya beli mee wantan ni di Smart Halal Shop dekat Seksyen 3 Shah Alam tu..

RESEPI MEE WANTAN AYAM

Bahannya :
  • 1 keping Mee Wantan Ayam
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji bawang merah kecil - dihiris
  • Udang 
  • Sotong
  • cili benggala
  • Sayur bayam (ikut kekawan nak letak apa)
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris sehingga wangi. Kemudian masukan air, tunggu sehingga air mendidih baru dimasukan perisa ayam tu.
  2. Lepas tu masukan mee wantan, bila mee wantan tu separuh lembut masukan udang,sotong dan cili benggala serta sayur bayam.
  3. Tunggu sehingga mee wantan lembut dan masak. Boleh lah diangkat dan dihidangkan.



Jumaat, 13 April 2012

TOMYAM KETAM

Bila buka peti ais nampak ketam... nak masak apa ye.. tak kan masak sup ajer.. jadi cuba lah masak tomyam ketam. Kakak Nabilah pun sibuk nak makan tomyam, maka dinner kita orang malam tomyam ketam.

Tomyam Ketam ^__^

Mari jemput makan

Kak Jeeha kata "Sayang nak makan karot.. canteek ^__^

 TOMYAM KETAM










Bahan-bahan ( 1 family )
  • 1labu bawang besar
  • 5ekor ketam
  • 1biji lobak merah
  • 1/2biji bunga kobis
  • 1 peket pes tomyam (saya guna adabi)
  • 3 batang serai (di ketuk)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis
  • 3biji cili padi
Cara-cara
  1. Bersihkan ketam dan potong supaya mudah nak makan.
  2. Tumiskan bawang besar, masak sederhana
  3. Masukkan serai , pes tomyam, ketam dan kacau, kemudian masukkan1 jug air ke dalam periukbersama 
  4. Reneh hingga ketam dan lobak empuk . Kemudian masukan daun limau purut. Sebelum tutup api masukkan perah limau nipis, cili api dan kacau sekata.
  5. Sedia untuk dimakan panas-panas.

Resipi asalnya disini Tomyam Ketam My resipi, tapi saya olah mengikut cita rasa saya :)