JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Tomyam Udang Galah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tomyam Udang Galah. Papar semua catatan

Selasa, 3 Disember 2013

EXPO PENTERNAKAN # TOMYAM UDANG GALAH ^___^

 Assalamualaikum kekawan... semoga sihat dan ceria :)

Tentu ada yg tengah makan tengahari kan... saya baru jer free nak update entry... ni nak cerita pergi expo pertanian dan penternakan pada hari ahad baru ni... sebenarnya hajat hati anak-anak naik kuda .. malangnya tahun ini tak ada pulak kuda... kecewa juga budak-budak tiga orang... termasuk mama dia orang hehehe..

Pertunjukan ayam serama beraksi. ni kakak nabilah ambil gambar ni, suka dia tengok aksi-aksi ayam yg begitu jinak, boleh pulak dipegang...


Jalan depan sikit tengok demo bagai mana anjing yg dilatih utk menangkap pencuri... begitu garang anjing tu dengan pencuri tu... takut dan menjerit juga budak bertiga tu... Ada tips yg diberi oleh pelatih anjing tu.. jika kita nampak anjing jgn lari, kalau kita lari anjing tu ingat kita telah berbuat sesuatu sebaiknya berhenti dan berdiri tegak ajer... ada berani ke nak buat macam tu.. hendaknya anjing yg besar macam tu kan :)


Lepas tu budak bertiga tu nak masuk pertandingan memancing udang galah dengan abahnya, satu joran RM5, ambillah dua joran, tak sangka kakak nabilah ada talent juga memancing, mengena dua ekor dan abahnya seekor, jika dikira dapat naik 7 ekor tapi sayang 4 ekor tu terlepas dah tak de rezekikan :)


Lepas tu pergi bermain dengan arnab, kanak2 RM2, main sampai puas hati, yg masuk hanya nabilah dan nabil ajer, jeeha penggeli orangnya, dgn kucing pun boleh lari bila kucing datang dekat...

Berbagai jenis binatang ada, kambing, lembu, burung, kucing (masa tu tutup lagi) banyaklah tak terambil gambar...


Ini pulak bersama burung unta, kena ambil jauh-jauh gambar takut dipatuk oleh burung unta tu...

Ini mula nak warm up nak bermain dengan arnab tu jinak jer ..


Ni jer hasil tangkapan 3 ekor jer... kalau mama beli dipasar RM10 tu dapat 6 ekor hehehe


Permintaan nak makan tomyam udang galah .. dapatlah semangkuk untuk mereka bertiga, mama dan abah hanya makan sayur campur yg ada dalam tu hehehe:)

RESEPI TOMYAM UDANG GALAH











Bahannya :-


  • 3 ekor udang galah
  • 1 kiub knor tomyam
  • Kubis bunga
  • lobak merah
  • 3 batang serai ditumbuk sederhana
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis
  • 3 gelas air
  • 1 labu bawang merah dipotong bulat-bulat
  • Garam
Caranya :-
  1. Bersihkan udang ketepikan, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang .
  2. Kemudian masukan air dan kiub tomyam, serai lobak, kubis bunga dan udang.
  3. Masukan garam dan daun limau purut
  4. Kemudian rasakan garam dan lepas tu perahkan limau nipis kedalam periuk. 
  5. Bila dah masak siap untuk dihidang