"Saya masih trauma dgn kejadian ptg tadi , seorang budak sekolah rendah di langgar Di depan Mata... Menggigil saya tengok budak tu tergolek didepan, Kami 4 beranak terdiam, org ramai dtg membantu, saya tak pergi tengok sebab terkejut n takut, sepanjang perjalanan balik saya hanya beristighfar dan menangis sambil berdoa agar budak tu Selamat.. saya tidak tahu bgmn perasaan ibunya nanti... Anak2 saya dibelakang diam membisu.. mungkin dia org pun terkejut.. smpi dirumah pun saya masih menggigil dan hanya selepas solat maghrib baru rasa tenang sedikit... Ya Allah pelihara Dan lindungi anak2 Kami semua... Ameen ya Rabb..."
Begitulah ayat yang saya tulis di FB saya malam tadi... sehingga sekarang saya masih trauma... seperti tayangan video yg berulang-ulang kali di fikiran saya...
Saya tak mampu nak menulis panjang lagi :((
Ya Allah berilah hamba Mu ini ketenangan....