JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Ulang tahun perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulang tahun perkahwinan. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2014

AKU TERIMA NIKAHNYA... 21 DISEMBER 2001 ~ 21 DISEMBER 2014

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan di beri kesihatan yg baik serta gembira selalu ..


Alhamdulillah telah 13 tahun saya melayari gerbang perkahwinan.. Semoga ikatan ini akan berpanjangan hingga ke jannah .. InsyaAllah... Terima kasih buat suami yg tercinta yg sudi menerima saya seadanya.. Kehidupan yg penuh mehnah perlu dilalui oleh pasangan yg bergelar suami isteri.. 

Suami ku,... terkadang saya berpikir untuk apa cinta itu,setelah saya menjalani semua itu,ternyata cinta itu adalah bahan bakar dalam rumah tangga ini,dan jujur saja suamiku,kalau saya sangat mencintai mu,cinta yang datang karena rasa cintaku pada Allah untuk menjadikan engkau sebagai imam dalam rumah tanggaku.





Sabtu, 21 Disember 2013

Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa Jamaah baina kuma fii khair ~ 12 tahun ^___^

Assalamualaikum kekawan... moga ceria selalu :)




Syukur alhamdulillah telah 12 tahun kami melayari bahtera rumahtangga... tentu ada surut pasangnya, bergelora dan tenang, semua itu ujian dari Allah.. Semoga kami tabah menghadapi segala ujian dan kekal hingga ke Jannah.. Amin ya Rabb :)
We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma


Jumaat, 21 Disember 2012

YA ALLAH ENGKAU TERUS SATUKAN HATI KAMI ....





DOA SEORANG ISTERI BUAT SUAMI....
(ULANG TAHUN KE 11)

Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya ALLAH…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Surga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadlu’ akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya
Tetapi



Ya ALLAH…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengarungi segala kehendak Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya ALLAH…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kehilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku Ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya ALLAH…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya ALLAH…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,


Ya ALLAH…
Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan kehendak Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku lena dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku dalam taat kepada Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu



Ya ALLAH Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal’alamin…

p/s Hari ini genap ulang tahun perkahwinan saya yang ke 11 tahun... kebetulan sama hari jumaat... masih ingat lagi pada pagi Jumaat pukul 10.00 pagi saya selamat  di ijabkabulkan oleh bapa saya di Masjid Jamek Al Islah Kuang, Selangor. Semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga dan ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati oleh Ilahi.. Ameen...