JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label aiskrim cempedak.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aiskrim cempedak.. Papar semua catatan

Isnin, 11 April 2016

CARA BUAT AISKRIM GORENG... emmm dapnyaaa Mama..

Salam petang yg ceria kekawan :)


Hero saya ni.. kalau bab aiskrim memang dia lah yg merasmikan dulu.. dah sekarang musim panas.. lagi lah kan.. hendak mencari ais ajer kan.. sebenarnya buat aiskrim goreng ni dah lama.. hasil saya buat aiskrim cempedak tu di entri ini.. 


Buat aiskrim goreng ni hasil kak Nabilah dia..(mengulangi setelah 3 tahun berlalu kak nabilah buat aiskrim goreng ni aiskrim goreng kak nabilah) cer tengok jari comel diatas yg tengah mengelim tepi roti tu.. banyak dapat dia buat ais krim goreng ni .. lebih kurang 10 keping kot.. dia dapat buat.. puas adik2nya makan..
Caranya senang sangat kekawan :)
1. Ambil sekeping roti. Letak aiskrim ditengah-tengah roti tu.
2. Lepas tu ambil sekeping roti lagi, letak diatas roti pertama yg diletak aiskrim tu.
3. Ambil cawan plastik, tekan ditengah-tengahnya (macam gambar)
4. Maka jadi bentuk bulat.
5. Keluarkan dari roti yg ditekan tadi.
6. Klimkan ditepinya supaya melekat.
7. Masukan dalam plastik.Simpan dalam petiais beku selama 4 jam.
8.Aiskrim selepas di bekukan.
9. Panaskan minyak , betul-betul panas, kemudian masukan roti aiskrim tu.Kemudian tutup api, goreng sehingga kekuningan.
10. Angkat dan toskan dalam penapis.
11. Siap utk dimakan.


Kalau kita simpan dalam petiais beku lagi lama lagi bagus, yg ini saya goreng dah seminggu dalam petiais tu, ada yg tinggal 5 keping aiskrim roti tu.. jadi ais dia macam padat..
Masa nak makan pun mudah tak lah cepat cair.. emmm sedap terasa lagi rangup bila di gigit.. maka habislah aiskrim cempedak saya yg sekian lama bertapa di dalam freeze tu :D