JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label anak anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak anak. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2016

TARAWIH MALAM PERTAMA KAMI ... ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi yg telah memanjangkan umur kita untuk menjadi tetamu Allah di bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan.. semoga Allah teus memanjangkan usia kita hingga ke akhir ramadhan ini dan diberikan keampunan kepada kita..
Semalam telah bermula solat tarawih malam pertama kan.. kami anak beranak pergi ke Masjid Negeri Shah Alam untuk menunaikan solat tarawih.. petang pukul 6.00pm kami dah makan malam anak beranak .. pukul 7.00pm gerak pergi masjid.. kata en suami jom solat maghrib disana sekali terus ke tarawih..

Habis solat maghrib kami mula kan tadarus kami, sementara menunggu solat isyak pulak dapat lah baca sampai ayat ke 100 surah al baqarah .. lepas solat isyak terus ajer solat tarawih.. masjid negeri Shah Alam buat 20 rakaat.. punya ramai orang malam tadi.. alhmadulillah.. tapi ada juga kawan yg update WA kata shopping kompleks pun penuh :) hahaha.. macam ragam manusia kan..
Ini sementara budak2 cuti sekolah boleh lah cepat ke masjid tu.. kalau sekolah dah buka nanti saya akan buat dirumah sahaja.. kekawan boleh dapat panduan solat sendirian di rumah di sini Panduan Solat Sendirian Di Rumah

Tapi Nabil, Najeeha dan Nabilah buat 8 rakaat sahaja .. dah larat kata mereka.. najeeha lagi lah.. dia kan kuat tido.. udah tersengguk-sengguk menahan mengantuk.. sudah saya pun turun kat tingkat bawah utk ibu yg bawa anak2 tu.. tido lah sekejap najeeha di ruang itu.. saya pun buat 8 rakaat.. pastu balik rumah saya sambung lagi .. berjemaah dgn najeeha .. dia kata tak puas hati solat tarawihnya tadi.. bila dapat tido sekejap tadi, tentu dah segar pula matanya.. tu yg dia ikut saya solat tarawih di rumah.. nabil dan nabilah terus terpa katil ~__^

Target anak beranak nak khatam 30 juz tahun ni.. kena istiqamah berdamping dengan al quran ni.. alhamdulillah lepas subuh tadi sambung lagi tadarus sampai ayat 200 tadi..
kena kuat lawan nafsu ni kan.. syaitan dan iblis dah kena rantai.. yg ada nafsu dalam diri kita ni kan..
Teringat tazkirah ustaz Long Bin Kecik dalam IKIM.fm tu..
Nafsu ni memang susah untuk di tundukkan..
Kata ustaz .. sewaktu Allah bertanya kepada Nafsu.. " Min ana, min anta" bermaksud Siapa Aku dan siapa kamu.. Nafsu kata " anta anta , ana ana" bermaksud  kamu kamu, aku aku.. kemudian Allah memasukkan nafsu kedalam neraka selama setahun sebagai hukuman.. kemudian apabila telah habis hukuman selama setahun tu..
Allah bertanya lagi kepada nafsu.. "Min Ana, min anta, "? Siapa Aku, siapa kamu?" Nafsu berkata lagi "anta anta, ana ana , Kamu kamu, aku aku"
Kemudian Allah menghukum lagi nafsu dengan berpuasa selama setahun, kemudian setelah habis tempoh setahun itu,
Allah bertanya lagi "Min Ana, min anta?" lalu Nafsu menjawab " Anta Rabb, ana abdi" Kamu adalah Allah yg Esa, dan saya hamba Mu ya Allah..

Maknanya nafsu ini dapat di tundukan dengan berpuasa, maka hendaknya dengan berpuasa ini kita dapat menundukan nafsu yg ada dalam diri kita ini dengan berpuasa kan kekawan..
Semoga saya dan kekawan dapat menundukkan nafsu yg ada dalam diri yg tinggal ini.

Selamat berpuasa dan beribadah kekawan.