JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label cuti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti sekolah. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2016

FITRAH ANAK ITU BERMAIN ... Tapi Kerja Sekolah Sebeban Diberi Cikgu huhuhu ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Sumber google


FITRAH ANAK ITU BERMAIN

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.


2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.


3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.


4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?


Ibubapa yang mulia


5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.


6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.


7.Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.


8. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.


9. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.


10. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?


11. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?


12. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.


13. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".


14.Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.


16.Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.


16.Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka


Semoga bermanfa'at.


Sumber : WhatsApp

p/s Tapi tu lah kekawan kan.. sistem pelajaran kita sekarang ini yg semakin menggila.. anak saya dpt kerja sekolah setiap mata pelajaran ada homework.. kalau sedikit2 tak apa tapi sampai 5 -6 muka surat.. saya yg melihatnya nak menangis.. dicampurkan semua akademik dan agama adalah dalam 90 muka surat .. mau tak menangis mereka kan.. apa makna cuti sekolah buat mereka..

Teringat saya zaman sekolah dulu.. cuti sekolah memang cuti dari buku.. puas bermain kala-kondi, puas bermain ten-teng, puas bermain polis entri one to jaga.. hahaha yg best sekali mandi sungai yahooooo walaupun balik mandi dari mandi sungai kaki lipan bara kena libas dengan mak huuhuhu..

Bergelak tawa, riang ria berborak sakan dengan kawan2, main masak2, main kawin2, main bakar ubi, main congkak walau pun berlubangkan tanah dan biji buah getah.. walaupun mak-abah tak pernah bawa bercuti macam budak sekarang ke pantai mahu pun keluar negara... Namun cuti sekolah dulu-dulu tetap enjoy.. ~__^

Khamis, 11 Februari 2016

I KNOW WHAT YOU DID LAST CHINESE NEW YEAR 2011 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari isnin pagi tu dikampung en suami mereka dah merancang hendak ke Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam.. dan pagi selasa tu ada pulak notifikasi dari FB.. see you memories 5 years ago.. 

Rupanya kami sekeluarga pergi ke Bukit Cerakah jua 5 tahun yg lalu juga pada cuti raya cina 7 Feb 2011..
Gambar diatas tengah menaiki tram utk masuk kedalam taman pertanian itu..

Mula-mula tram tu berhenti ke tempat ternakan ikan air tawar seronok mereka memberi makan ikan. Masa tu Nabil berusia 4 tahun.. suka sangat smpi tak nak naik dari situ hehehe..
Pastu sementara menunggu tram dtg lagi utk ke rumah iklim 4 musim tu dorang buat exercise.. ;)

Ditempat rumah iklim 4 musim tu penghujung musim sejuk.. tengok snowman tu dah mencair.. saya terpaksa pegang nabil tu.. dia menangis nak turun pergi main snowman tu.. comel jer tengok dia tu :)

Tengok nabil mencari apa dlm beg tu.. hahaha dah lapar dan penat exercise tu.. tu dia jumpa kerepek pisang.. lepas tu jalan keluar sikit ada gerai menjual aiskrim.. maka makan aiskrim kami melepaskan haus tu..

Jadi hari selasa 9 Feb 2016 hanya nabil dan kak nabilah yg mengulang moment 5 tahun lalu.. najeeha ada tuisyen pagi tu.. saya dan abahnya hanya menghantar mereka berdua kesana.. sebab saya nak menyidai kain dan mengemas rumah.. abahnya tak larat sebab sakit kaki memandu smlm ;)
Jadi mereka pergi dengan adik2 ipar saya jer..

Gambar2 ni saya ambil dari wasap group keluarga en suami.. permulaan berjalan tu budak2 lah yg didepan.. mereka tak menaiki tram.. memang nak jugle tracking kata mereka..

Tapi byk tempat yg mereka singgah.. sempat juga memberi rusa makan tu..

Naik pula keatas menara tinjau budak bertiga ni :)

Bila dah kepenatan mereka duduk berehat pula.. ~__^

Memulakan hiking.. konon kata kak nabilah nak jalan short cut hahaha.. sampai terbongkok2 adik ipar saya tu memanjat *__*

Last sekali tentunya lompat bintang mereka ini selepas sampai semula di tempat asalnya dan berjaya mengakhiri juggle tracking mereka  *__*

Mereka keluar dari situ pukul 12.30 tengahari.. terus menuju ke restoran utk mkn tenghari hahaha sure kehausan dan kelaparan mereka ni..
Sekian lah entri mengulangi moment CNY 2011..
Tunggu entri esok saya pula buat apa ptg tu dgn Najeeha ;)