JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label doa arwah baba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa arwah baba. Papar semua catatan

Khamis, 12 Mei 2016

ADAB ZIARAH KUBUR ~ Rindu Arwah Abah Dan Mak ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pusara Abah
Entah mengapa hati berasa sayu sangat mengingat keduanya arwah ini.. rindu semakin terasa.. tambahan ramadhan semakin menjelma.. Semoga roh Abah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh..

Pusara mak
Dengan arwah mak lagi lah mendalam rindu saya.. saya masih bermimpi senyuman mak.. saya ada mimpi mak.. masa saya mimpi tu mak berada di tempat tidur yg indah.. saya tengok macam tempat tidur raja-raja saja.. saya tanya "mak selesa tidur disini" pastu mak mengangguk sambil tersenyum.. aduh masa tu saya rasa nak peluk mak.. bila saya nak peluk.. saya terjaga.. aduh bermimpi rupanya saya ni.. saya terus sedekah al fatihah untuk mak.. 
Sekarang dah masuk syaaban.. mak dulu rajin puasa tiga bulan tu.. maka tahun ini tiada lah ramadhan bersama mak..
semoga roh mak dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para solehin..

Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :
Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.
Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :
1. Memberi salam kpd simati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.
2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.
3. Membaca quran atau doa2 yg baik utk simati

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan

Sumber : WhatsApp.