Assalamualaikum kekawan..
Salam jumaat yg barakah , semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik serta selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w
Pada petang selasa 12/2/2016 saya dan najeeha balik ke Kuang kerana malam tu adik saya itam dah wasap kata, abg man yg buat kubur dan nesan mak tu dah hantar gambar kata dah siap. Jadi berjanjilah dengan adik beradik lain siapa yg berkelapangan datang untuk kita sama2 menziarahi kubur mak dan abah.
19/2/2016 ni genaplah 5 bulan mak pergi meninggalkan kami adik beradik :(
Sebak masih terasa dihati ini.. Alhamdulillah dapat menunaikan amanah mak yg kata bila dia meninggal cukuplah batu sungai sebagai nesan nya.. Bagusnya pembuat nesan ni menyediakan tempat dua tempat duduk.. memudahkan..
Walaupun hari dah petang tetapi matahari masih terik membahang.. disini dah musim kemarau pulak.. rumput kering .. tu yg kena rajin datang menyiramnya..
Anak cucu cicit mendoakan semoga uwannya damai disana bersama para syuhadah dan solehin..
Kemudian kami ziarah pula kubur arwah abah.. rindu menerpa dibenak .. hati menjadi pilu.. abah dah setahun pergi meninggalkan kami.. Semoga roh abah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan rohnya bersama para solehin dan syuhadah..
Berebut cicit sulung ni menabur bunga di pusara tokyang nya.. dia yg sempat berjumpa tokyang nya tu.. dulu masa arwah abah balik dari masjid waktu bulan ramadhan.. selalu lah si Hakimi ni menunggu tokyang balik.. bila nampak tokyang terus .. menjerit kesukaan .. "tokyang balik bawa nasi ayam" katanya.. padahal bubur lambuk jer.. suka sangat si Hakimi memakannya.. sehingga habis.. tersenyum suka tokyangnya bila cicit habis makan bubur tu.. sekarang hanya tinggal kenangan buat Hakimi.. tentu bila dah besar itulah yg diingatinya bersama arwah tokyang selama 4 tahun bersama..







