Salam petang yg ceria kekawan :)
Saya ni bila masak kena ada sayur dan ikan atau ayam ke.. orang kat rumah ni suka sambal.. jadi semalam petang saya buat goreng buncis telur pecah.. perghhh kebabom juga makan anak beranak.. en suami tak makan kacang buncis ni tapi saya dah buat utk nya asam pedas ikan merah dan dalam tu dah ada bendi kan.. jadi itu jer lah lauk nya hahaha..weekdays ni memang masak yg paling mudah sangatkan.. mana nak sempat ayam percik ke.. ikan bakar sambal ke.. itu semua tunggu weekend jer lah nak masak..
Bila tukar bendi kepada kacang buncis masak telur pecah ni pun sodap jugak kekawan.. meratah macam tu pun sodap.. krap krup makan.. teringat saya arwah mak.. suka masak lemak cili api dengan udang kacang buncis ni.. macam nak buat jugak lah hihihi.. arwah abah tak suka kacang buncis ni dia kata bau maung.. mungkin sebab tu en. suami saya pun tak makan kot..
Jomlah kita intai resepi saya yg mudah ini ..
RESEPI GORENG KACANG BUNCIS TELUR PECAH
Bahannya :-
- 1 ikat kacang buncis (saya suka beli sayur yg ikat ni jer kat pasar)
- 1 biji telur
- segengam ikan bilis (ditumbuk sederhana lumat)
- 3 sudu besar cili merah kisar (saya ni memang kisar cili seminggu sekali)
- garam secukup rasa.
Caranya :-
1. Potong kacang buncis cara menyerong , cuci dan toskan, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis yg ditumbuk tadi sedikit garing, kemudian angkat, tumiskan pula cili kisar hingga wangi.
3. Selepas tu pecah kan telur didalam nya, hancurkan dan gaulkan bersama cili tadi.
4. Kemudian masukan kacang buncis, ikan bilis goreng tadi dan sedikit garam, gorenglah sehingga kacang buncis masak dan rasa garamnya.
5. Siap untuk dihidang.
Saya kalau masak sayur suka habiskan masa tu juga.. jadi mereka meratah sayur ni krap krup dengan saya.. sepiring ajer dah untuk saya.. kalau nak bagi anak makan sayur kena cari sayur kegemaran mereka juga. Alhamdulillah mereka akan makan sayur bila kita masak cara yg mereka suka. Cubalah kekawan...


