JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label hari kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari kematian. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2016

See Your Memories 3 Years Ago FB :: SAYANG MAK

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Semalam apabila FB menggamit memories 3 tahun yg lalu.. 17 Mac adalah hari lahir arwah mak.. tetapi kini bonda yg tercinta telah pergi menemui penciptaNya.. 
Kini tiada ingatan ulang tahun kelahiran.. hanya mengingati hari kematiannya pergi meninggalkan kami sekeluarga... :(

Maka selepas tu berderet nofikasi gambar menyambut hari lahir mak bersama anak cucu yg lahir juga pada bulan Mac.. kak angah lah sama bulan kelahiran dgn arwah.. jadi selalu lah meraikan bersama..

Semalam kami mengadakanbacaan tahlil utk arwah mak dan juga arwah abah.. arwah abah dah 1 tahun 2 bulan pergi meninggalkan kami pada 17 Januari 2015.. arwah mak pula dah 6 bulan meninggalkan.  Kini tiada lagi mengingati hari kelahiran mereka... maka yg diingati tarikh mereka pergi meninggalkan kita...
Gambar bacaan yassin dah tahlil tak sempat pula nak ambil smlm... adik juga mengadakan zikir waziffah selepas itu..