Assalamualaikum kekawan...
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..
Perkongsian dari wasap group keluarga.. dikongsi disini pula..
~Tadabbur Kalamullah 22 Zulhijjah 1436H~
...إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
"...Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil"[Surah Hud 46]
#Kebodohan merupakan tanda kematian jiwa, terbunuhnya hidup dan membusuknya usia. Sebaliknya ilmu adalah cahaya bagi hati nurani dan kehidupan bagi roh.
#Kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman hati bermula dari ilmu pengetahuan. Kebodohan itu sangat menyeksakan krn tiada sesuatu yg baru terhasil. Yg semalam seperti hari ini dan yg hari ini sama dgn yg akan berlaku esok hari.
#Nabi saw bersabda:
إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi. Sahih)
#Berkata Dr.Aidh Abdullah al-Qarni dlm kitabnya La Tahzan:
"Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan dan capailah pelbagai manfaat nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"
♡Pelbagai kenikmatan dpt dikecapi dgn ILMU. Belajarlah, moga kebodohan tidak menguasai kehidupan dan masa depan kita♡
🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
