Assalamualaikum kekkawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Sebenarnya hari lahir Sofea Nabilah pada 4 September 2016 yang lalu.. ingin juga mengabadikan kenangan nya diblog kecil ini utk setiap hari lahir anak2 walaupun tak ditulis entrinya pada tarikh tersebut.. kerana sibuk dengan Najeeha yg hendak mengambil UPSR tu yg banyak benar tertangguhnya membuat entri ini..
Sambutan ini diadakan di taman tasik seksyen 7 tu atas cadangan en. suami sambil release minda najeeha yg asyik menghadap buku pada hari ahad tu sebelum exam esok hari nya pada 5 september tu..suka mereka disini bermain.. makciknya kata hati2 jangan terjatuh najeeha nanti ambil periksa kat hospital pulak hahhaha..
Menu saya hari itu santai petang ajer.. saya buat serawa durian makan dengan roti, spaghetti goreng dan pasta goreng juga serta goreng cucur badak frozeen. Adik ipar saya ada juga bawa bubur kacang hijau durian, kuih ketayap, donut, goreng pisang dan air hari itu teh 0 panas dan roselle ais. Hanya gambar tu yg sempat diambil.. ;)
Sambut serba ringkas yg tak dirancang sebenarnya.. namun kemeriahan terasa bila bersama sepupu dan makcik2 nya menyambut hari lahir..
Sebelum balik kita selfie dulu dah nak pukul 7.00pm tu.. ni semua adik-adik en suami dan biras saya.. terima kasih sudi datang meraikan hari lahir Nabilah yg tak dirancang hahahha..
Saya hadiahkan jam tangan telefon pintar ni seperti yg diminta.. jadi boleh bawa ke madrasah mama katanya.. boleh dia call bila ada emergency .. pilihannya warnanya gold coklat tu.. Nabil sudah teruja pula nak jam macam ni. hahahha.. dulu hadiah hari jadinya pun jam juga tapi yg biasa ajer..
Buat Sofea Nabilah yg mama kasihi dan sayangi semoga usia mu dirahmati Ilahi, supaya menjadi hamba Allah yg taat dan solehah, diberikan kesihatan yg baik.. dan berjaya cemerlang di dunia dan akhirat..





