JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label kad raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kad raya. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2016

KENANGAN LALU .... Nak Menyambut HARI RAYA 😆😀😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Bila melayari FB, keluar pula gambar2 kenangan menyambut raya dulu-dulu.. bila tengok kuih sepit ni.. teringat dulu.. arwah buat jualan kuih juga.. kebanyakan arwah jual kat cikgu sekolah kami lah.. kakak2 saya yg banyak membantu arwah mak membuatnya hendaklah kuih sepit arwah ni.. memang laku lah.. ada yg paten yg dilipat dan digulung.. kalau nak buat kena buat cepat2 takut kuih keras.. jadi bila keras tak boleh nak bentuk.. cabaran sungguhkan :D

Kuih sepit arwah mak tu, tepung beras kami tumbuk sendiri.. guna penumbuk seperti diatas, saya pun kena juga menumbuk ni.. sekarang entah kemana pergi penumbuk ni.. dah jadi barang antik.. kalau ada sekarang ni.. :)


Kuih bahulu pun sama.. arwah mak kalau buat kuih ni .. masa nak dekat-dekat raya.. ingat lagi.. lepas sahur dah mula memukul telur guna alat pemukul macam gambar diatas tu.. guna pasu tu juga besarnya.. masa tu dah kumpul sabut kelapa untuk membakarnya :)
Pedih mata bila kena asap sabut kelapa tu.. paling suka kalau ada yg terhangus sikit.. itu rezeki kami utk berbuka puasa nanti hihihi..


Sekarang memang dah jadi barang rare lah kad raya ni kan..
Dulu-dulu kad raya ni lah penghias dinding rumah dihari raya :)

Tak pun kakak saya akan cari ranting kayu .. sangkut seperti gambar diatas, yg letak di penjuru kusyen rotan saya dulu-dulu..
Berseri-seri sungguh ruang tamu masa hari itu..
Sekarang semua serba moden , dah tak ada semua ini kan..
Dah jadi rindu pula dengan moment tu..

Kekawan pun ada pengalaman yg sama ke :D

Khamis, 24 Julai 2014

SALAM LEMBARAN DI AIDILFITRI.. ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Ramadan kini sudah sampai ke penghujung, insyaAllah lagi tiga hari kita akan menyambut aidilfitri.. namun begitu malam ni adalah malam 27 , semoga kita dapat mencari lailatulqadar..


Ramai juga blogger yg telah mula bercuti pada hari ini kan.. saya mula bercuti pada 26 julai hingga 3 ogos 2014, Saya beraya di Kuang dulu, rumah mak saya, giliran rumah saya tahun ni, kemudian pada hari raya ketiga baru balik ke kampung en suami..

Jadi dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada semua teman maya saya, begitu juga yg silent reader tu.. Mana tahu jika ada komen saya yg menyinggung perasaan kekawan, jadi kemaafan yg saya pohon..
Bagi kekawan yg balik kampung, berhati-hati dijalan raya.. sekarang banyak sangat kemalangan yg berlaku kan ..

Nabil dan Najeeha dah mula bercuti hari ini, masa cuti wesak day dan Thaipusam mereka tidak cuti, jadi ganti hari ini dan esok, so terpaksalah saya bawa mereka datang ke ofis, saya kena kerja sebelum raya sebab tahun lepas saya dah ambil cuti sebelum raya, kena ganti-ganti bercuti raya dengan kekawan ofis ni..

Petang semalam, balik sekolah, Nabil mengadu giginya dah goyang, bila saya rasa dah goyang sangat, jadi saya kata kita cabut selepas berbuka puasa ye.. Bila saya cabut rupanya gigi kekal dah tumbuh dibelakangnya.. sudah tak sama rata giginya tumbuh, bila saya tengok sebelah pun gigi kekal dia pun dah tumbuh, saya kata pada Nabil goyang gigi depan tu... lepas tu dia kata" Nabil tak mahulah raya ni gigi rongak bila ambil gambar"... haha boleh dia terfikir macam tu..

Kekawan bila mula cuti hari raya ye.. :)