JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label kelapa sambal ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelapa sambal ikan. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2016

TERLAJAKKK RAJIN...Masak Apa Tu ^__^ 😆

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Si bunga telang ni tengah galak berbunga.. mungkin sekarang musim hujan.. jadi rajin lah dia berbunga..
Sebelum ni musim panas nak hidup dgn tak ajer pokok tu.. walaupun disiram tiap hari.. 
Bunga telang ni bila dah kembang kena petik , nanti dia layu.. jadi saya petik setiap hari simpan dlm bekas dan letak dalam peti ais.. jadi tahanlah lama bunga tu.. walaupun dah seminggu dalam petiais tu masih lagi segar..

Jadi projek terlajaakkkk rajin saya ialah membuat "Nasi Kerabu".. walaupun pada mula cik malas tu datang melanda.. kena jugak kutangkis kemalasan itu.. tambahan tergoda dgn nasi kerabu Kak Noor yg kata dari UK tu kan... malu ooiii saya ni.. mak tok tu jauh di sana pun masakan.. jadi saya gagahi jua 😂😄.
Jadi resepinya saya ambil dari mak tok yg dok ada kat UK nun..😊.. ada juga yg saya ikut mana sedap tekak saya ni jer 😃😄..

Dah kumpul bunga telang ni kan.. jadi nasi biru lah kita buat.. ye dok..
Senang jer.. macam kita tanak nasi biasa tu jer.. cuma airnya pewarna sibunga telang.. oleh 

RESEPI NASI KERABU BIRU
Bahannya :-
- 2 pot beras
- 15 kuntum bunga telang (tu yg kemain biru tu😊)
- Air secukupnya.. bergantung pada beras kekawan ye.
- sehelai daun pandan.

Caranya :-
1. Cuci beras sehingga bersih dan toskan airnya.
2. Kisar bunga telang dengan air secukupnya. Lepas tu tapis.
3. Kemudian masukkan beras dalam rice cooker. Kemudian masuk air tapisan bunga telang dan simpulkan daun pandan. Tunggu sehingga nasi masak.
4. Bila  dah masak, kemburkan biar muai nasi sekata.


Kuah sambal tumis ni sedap kata najeeha dan Nabil.. saya buat sikit jer.. tak lah ikut resepi kak noor punya sukatan takut tak habis.. ingatkan mereka tak suka rupanya suka lah pulok 😊.. tapi alhamdulillah cukup kami makan anak beranak.. yang ni sukatan kak noor.. kekawan adjust lah ye..

RESEPI KUAH SAMBAL TUMIS
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.



Yang kelapa sambal ikan ni pun saya buat sikit jer tu.. iye lah makan utk 5 beranak kan.. jadi ikut sendiri punya sukatan.. tengok ikan kembung tu seekor jer 😊..
Jadi kekawan pandai jugak utk adjust sukatan dibawah.. sebab saya tempek sukatan kak noor juga 😀😊

RESEPI KELAPA SAMBAL IKAN

1kg Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula dan sedikit lada hitam

Goreng kelapa dan semua bahan didalam kuali, sentiasa kacau supaya tidak hangit. Tumbuk bahan goreng tadi kalau perlu, kalau nak cepat tak tumbuk pun ok jugak, campurkan garam dan gula dan lada hitam.


Untuk ulaman tu saya letak 4 ulaman tu jer.. perghhh gabungan pucuk gajus dengan kacang botol tu.. memang buat saya makan bertambahlah 😆.
Bahan-bahan tu hiris halus seperti gambar, lepas tu gaul sekata. Saya buat juga sambal belacan.. resepinya boleh ambil disini.. Sambal Belacan Sedap ,saya goreng juga keropok ganu mari tu... emmmm lagi ko.. krap kruk makan kan.. saya rebus juga telur asin.. sebab en suami suka.. mana yg tak masin tu boleh telur asin tu tampung kan.. cuma saya tak buat solok lada.. buat tiga bahan ni pun dah tercungap saya seorang ni.. tapi kira ok lah.. mula masak pukul 10.30am.. siap pukul 12.30 tengahari.. pukul 12.45pm siap terhidang .. untuk sepedekkkk.. hahaha india mana pulak mari..😄

Main menu lauk.. saya masak ayam goreng kunyit ala-ala kak wok tu.. anak2 suka.. mak pak pun suka 😀.
Jadi kalau nak resepi boleh tengok kat sini ye..Ayam Goreng Kunyit Sedap

Ni plate saya kekawan.. masa saya sedang berinovasi di dapur tu.. en suami tak ada dia keluar.. jadi meriahlah saya mengambil gambar.. klik klik sana sini 😀
Tu yg nasi jadi bentuk hati tu.. ❤.. saya postkan kat grup kawan sekolah.. dorang pun komen lah.. wah siap ada ❤ lagi.. saya cakap masak dari hati.. penuh kasih sayang.. macam chef amar kata tu 😆😄

Ceh ceh  cewah.. kita tiru lieya latif ye.. tunjuk tengah sedap memintal nasi kerabu tu.. 😁😂😄..

Haa tu lah kisah entri saya kali ini.. cik rajin.. terlajakkkk rajiinn.. nasi kerabu ni pun terlajaakkk sedap.. memang mantop lah resepi kak noor ni tau.. Nora bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 5 bintang 😙😚

p/s Alhamdulillah keputusan darah tyroid saya tu normal jadi kata doktor , jumpa lagi 2 bulan.. tapi saya mengadu semalam sakit kepala berpusing2 tu.. tengok BP normal.. pastu doktor kata ini sinus infection.. cuba makan ubat ni dulu.. kalau tak ok kena jumpa pakar E & T pulak..