JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label lauk pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lauk pauk. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mei 2016

GULAI IKAN KERISI DENGAN SUKUN... emmm menu rare ^__^ 😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Semalam saya berbuka puasa dgn gulai ikan kerisi dgn sukun.. ini gara2 sukun yg ada tinggal suku yg saya buat goreng sukun tempohari.. 

Ini juga hasil komen blogger Kamsiah yg kata ada juga orang masak gulai sukun dgn udang.. tapi saya masak dgn ikan kerisi. Ternyata sedap Kamsiah.. rasa macam kentang pun ada juga.. macam keledek ye jugak.. pendek kata kena lah dengan selera saya 😉 ;)

Jangan ada yang kecam saya ye.. dah buah tu masak lah cara buah .... tak ikut skema memasak langsung hahaha...
Ikut ghaso kito lah iyo ibu sham.. apo nak di masak yo tak.. smlm saya baca entri ibu sham.. ada lah orang komen yg ibu sham masak sayur campur dgn ikan lah.. macam ibu sham tunjuk gambar dalam entri tu.. gulai telor itik dengan pucuk ubi... emmm dapnya... saya pun ada masak macam tu.. tapi tak sangka adalah pulak yg komen masak tak ikut skema hahaha macam nak jawap UPSR lah pulak kan ibu sham... 
Tak kisah lah ibu sham.. yg penting anak tokak kito suko .. ye dok.. 😂😁😄

Meh kita intai resepi yg penuh inovasi mudah ni.. #jangankecamsaya 😊

RESEPI GULAI IKAN KERISI DENGAN SUKUN
Bahanya :-
- 4 ekor ikan kerisi sederhana besar.
- 1/4 buah sukun potong seperti gambar.. ikut suka kekawanlah ;)
- 3 sudu besar cili merah kisar  sama cili api dan bawang (saya kisar siap2 senang nak masak weekdays)
- sedikit kunyit serbuk
- 1/2 asam keping
- 1 mangkuk santan cair dan 1/2 mangkuk santan pekak.
- daun kunyit
- garam

Caranya:-
1. Masukan santan cair, cili  kisar dan buah sukun. Kacau sehingga buah sukun tiga suku empok.
2. Kemudian masukan ikan kerisi, serbuk kunyit, garam ,asam keping dan daun kunyit.
3. Bila dah nampak mesra masukan pula santan pekat, rasa garamnya.. bila dah mendidih... tutup api.
4. Siap untuk dihidang.

Ini semalam lauk berbuka puasa saya, sambal tumis udang, goreng kangkung dan gulai ikan kerisi dgn sukun.. dalam masa satu jam siap semua hidangan.. bak kata kak zakie kalau dihujung minggu kita dah sedia kan bahan memasak.. mudah bila kita nak masak di weekdays ni.. benda2 yg remeh kita dah sediakan seperti cili kisar, bawang telah dikupas dan sayur-sayuran telah disiang dan dibersihkan.. saya ni sama dgn lieya latif.. kerahan tenaga anak dara saya yg dua orang tu utk menolong saya hahaha 😀😊..