JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label majlis raya jiran tetangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis raya jiran tetangga. Papar semua catatan

Selasa, 19 Julai 2016

Syawal Days 12 :: MENU RARE... Majlis Hari Raya Group Jiran Tetangga Kaum Ibu ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Pada hari Ahad 17 Julai 2016 , admin Group Jiran Tetangga Kaum Ibu mengadakan majlis hari raya pula.. ini kira perjumpaan kali kedua , selepas majlis pertama pada tahun lepas.. makin ramai ahli grup kali ini.. 
Majlis bermula pada pukul 3pm-4.30pm.. itu pun terlajak jugak..
Mulanya nak buat dipadang seperti tahun lepas, memandangkan hari sabtu hujan turun dengan lebatnya, maka untuk langkah berjaga-jaga, maka pindah lokasi ke surau, walaupun pada hari sebenarnya.. cuaca sangat bagus , terang benderang, hanya pukul 6pm keatas baru hujan. Tapi tak apa lah kan langkah berjaga-jaga.. Lagi pun disurau tu ada khemah, meja dan kerusi.. lagi senang urusan utk mengatur segalanya..



Hampir 31 list yg membawa pelbagai makanan , minuman , buahan dan kelengkapan untuk majlis tersebut. Siap pesan buat ala kadar jer ye takut tak habis tapi boleh jer dibungkus bawa balik hari itu, memang banyak pun bungkus bawa balik..


Inilah menu rare yg rahsia oleh pembawa tu.. Lemang Periuk Kera... perghhh semua orang teruja.. memang sedap kekawan.. rajin sungguh yg membawanya.. saya tak dengar pulak masa admin menanya siapa yg bawa.. Kak Nabilah kata adalah mama.. mak cik tu angkat tangan .. emmmm mama ni.. hihihihi
Ini menu dah terbiasa dan paling orang suka, kambing panggang 2 ekor, masa kat senarai nama tu, penyumbangnya RAHSIA hehehe.. bila di majlis baru tahu 2 orang yg menyumbangnya.. Terima kasih bebanyak lah pada penyumbangnya.. anak2 saya paling suka yg ini.. ^__^

Ini juadah yg saya bawa roti jala dwi warna dan kuah kari ayam, Alhamdulillah, kak nabilah yg banyak membantu sebab pada hari jumaat saya demam dan hari sabtu lagi lah badan dah mula seram sejuk, pagi2 saya sudah ke klinik selepas menghantar najeeha tuisyen hari sabtu.. melepek sungguh saya sabtu tu.. kak nabilah yg memasak utk makan tengahari tu..
Jadi hari ahad tu saya dah kurang sikit demamnya.. saya cuma masak kuah kari ayam dan kak nabilah yg membuat roti jala, dari membuat adunan kak nabilah saya cuma bagi bagi resepi dia buat sampai habis..
Saya lepas masak kuah kari , makan ubat terus tertido sampai pukul 2pm. Pastu saya tengok kak nabilah dah siap susun dalam tupperware tingkat tu, isi kuah kari ayam tu sekali..
Masa majlis tu semua orang dok puji cantiknya roti jala dwiwarna ni.. lembut pulak, tersenyum kak nabilah mendengarnya.. ~__^

Mula majlis tu mestilah dengan ucapan puan Admin grup kan.. Atie yg kelakor ni.. ada jer lawak yg dibuatnya.. puan admin kata sungguh tak sangka sambutan sungguh menggalakkan dari kaum ibu ni, semoga kita akan terus mengeratkan lagi silaraturrahim ni..
Sewaktu saya bersalam dengan Atie ni.. dia kata.. "kecik atie dengan akak tau, saya angkat tangan kat akak, akak buat tak tahu jer bila berselisih kereta, akak menonong jer pandang depan", siap dengan gayanya.. semua dok gelak.. "Maaf lah atie.. akak ni kalau bawa kereta memang tak pandang kiri kanan, jangan lah kecik hati tau, akak minta maaf banyak2.. lagi satu kalau jumpa jangan lambai2 dari jauh jer, akak ni rabun ko " hahhahaa..

Ini pinggan pertama saya, dah tentu nak mencuba menu rare ni.. Lemang Periuk Kera ini, ambil satu cukup lah .. nak rasa kan.. nanti macam nak oder jer puan ni.. sedap sangat.. pinggan seterusnya tak ada lah ambil gambar.. sibuk makan dan bersembang.. hahaha..

Bergambar ramai-ramai dengan pelbagai aksi.. ada yg tak nampak juga sebab terlindung balik tiang hihhi.. minta maaf dari kak nabilah yg tukang mengambil gambar tu.. dah lah hari panas berdenting.. semua mata mengencil ajer hahhaha..
Namun begitu majlis ini sungguh meriah sekali dan semua muka ceria sangat.. Indah sungguh di hari raya kan..