JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label pesanan Luqman Al Hakim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesanan Luqman Al Hakim. Papar semua catatan

Isnin, 7 September 2015

4 September Datang Lagi.... Moga Usia Mu Dirahmati Ilahi...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...


Pada hari Jumaat 4 September 2015, genaplah usia Sofea Nabilah 13 tahun.. sekejap jer masa berlalu.. Namun begitu pada hari Jumaat tu saya kena pergi berkursus.. saya hanya sempat menelefon Nabilah untuk mengucapkan hari lahir kepadanya..
Sempat juga dia bertanya.. "Bila mama nak celebrate besday kakak ni ?"... "InsyaAllah bila mama balik hari ahad ye , boleh tak?"..
"Okeylah" balas Nabilah..

Pada hari ahad tu saya sampai dirumah pukul 2.30pm, dah suruh en suami yg beli kek tu.. atas permintaannya nak kek hello kitty pada mulanya.. tetapi kedai kek tu tutup.. dia minta pulak Baskin Robbin.. cari yg paling murah pun RM90.00..
Oleh kerana tak panggil sesiapa pun.. tu yg diminta BR kek tu.. dan Pizza Dominos.. saya masih lagi kepenatan.. buat lah seringkas mungkin..

Buat anakanda mama..
Sofea Nabilah..
Selamat hari lahir mama ucapkan..
Semoga dirimu menjadi anak yang solehah..
Seorang yg taat kepada perintah Allah ..
Jadikan lah agama sebagai pegangan hidupmu..
Janganlah kamu terpedaya dengan kehidupan dunia yg sementara..

“Wahai anakku!
 Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.” Pesanan Luqman Al Hakim