Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Masak ikan patin tempoyak ni dah lama .. baru nak tempek kat blog ni.. untuk simpan resepi yg sedap ni.. versi temerloh mari.. saya ambil dari Blog Secubit Garam a.k.a K.nor tu..
Masa pergi pasar pagi tu tengok.. ikan patin tu cantik sangat.. lepas tu teringatlah nak masak tempoyak.. jadi sambar lah seekor saiz sederhana jer.. Bila ikan sungai ni tentu kena pandai utk menghilangkan bau hanyirnya.. teringat petua yg basuh ikan tepung gandum.. gaul-gaulkan ikan dengan tepung gandum hingga lendir-lendir ikan tu melekat pada tepung tu. Selepas tu cuci pula dengan limau dengan nipis..Memang hilang bau hanyir tu..
Tak sangka anak2 saya pun suka ikan patin tempoyak ni.. en suami apa lagi memang kegemarannya.. masa makan tu tak ada bau dan rasa hnayir ikan tu.. lagi lah bertambah-tambah nasi dipinggan..
Jom intai resepi yg mudah ni kekawan.. tetapi biasa lah saya ada jer saya ubah sikit ikut tekak tuan rumah. ehe ~__^
MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN
Bahannya :-
- 1 ekor Patin saiz sederhana
- 2 senduk tempoyak
- 3 cawan air - ikut kepekatan yg dikehendaki
- 1 biji cili merah *
- 10 biji cili api*
- 1 inci kunyit hidup* (*ditumbuk hingga lumat)
- sedikit daun kesum
- 1/2 asam keping
- garam secukup rasa
Caranya :-
- Tumis bahan yg ditumbuk dengan sedikit minyak. Lepas tu masuk kan tempoyak gaul rata bersama cili. Kemudian masukan air.
- Setelah itu masuk kan ikan, masak dengan api yg perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
- Selepas itu masukkan daun kesum, garam, masak dalam 4-5minit dan sekiranya tempoyak kurang masam bolehlah ditambah setengah keping asam keping.
- Siap untuk dihidang.


