JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label pisang emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pisang emas. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

CEKODOK PISANG VANILA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Buat cekodok pisang vanila ni pada pagi sabtu yg lalu sebelum Nabil pergi memanah.. resepi cekodok pisang vanila ni kawan yg bagi tahu.. kalau buat cekodok pisang letak esen vanila sedap, wangi jer bau vanila tu.. jadi saya pun mencubalah.. memang ternyata sedap rupanya.. Nabil bertambah2 makannya..  Pekena pulak dengan air milo kegemarannya tu..

Setelah 6 bulan Nabil tidak pergi latihan memanah.. baru lah hari ni nak training semula.. sepanjang arwah mak sakit , giliran saya menjaganya sabtu dan ahad.. bila saya nak balik kuang , nabil pun sibuk nak ikut sama, jadi tak nak lah dia pergi latihan memanah.. dia hendak saya yg menghantarnya memanah dan menunggu dia habis memanah.. mana lah saya dapat nak menunggunya, sebab saya perlu balik ke Kuang dengan segera..
Jadi sabtu tu pergilah dia memanah dengan semangatnya sambil membawa bekalan cekodok pisang dia tu. ~__^

Jom intai resepi cekodok pisang vanila saya yg mudah ini :)




RESEPI CEKODOK PISANG VANILA
Bahannya :-
  • 8 biji pisang emas
  • 1 sudu teh Yis Mauripan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar gula perang @ gula putih kasar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • Minyak utk menggoreng
Caranya :-
  1. Kupas pisang dan lecek bersama gula , garam dan yis mauripan hingga hancur. Kemudian masukan esen vanila.
  2. Lepas itu masukan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  3. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi kedalam minyak panas. Ikut kebesaran kuali anda, saya buat dalam 10 biji sebab dia kembang.
  4. Goreng sehingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok . Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biarkan minyak terserap.
  5. Hidangkan bersama kopi 0 atau Teh 0..